Thursday, December 31, 2015

6 Langkah Untuk Rancang Kejayaan Anda Sempena Tahun Baru 2016


Berikut adalah 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu:

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda
Ada orang yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?
Perancangan yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.
Jika anda seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang sesuai dengan diri anda.
2. Luangkan masa untuk membuat perancangan
Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.
3. Simpan satu jurnal
Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.
Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.
4. Muhasabah diri
Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.
Bila anda telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti kepingan hidup anda.
Kemudian, luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang minggu.
5. Tetapkan matlamat
Anda perlu ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari, yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini, anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.
Saya masih ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.
6. Bertindak seperti apa yang dirancang
Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak bertindak?
Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.
Jadi, disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.
dR aZIZAN

Tuesday, December 15, 2015

7 Amalan Yang Akan Memberi Pahala Berterusan


Anas Bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Tujuh perkara akan terus mengalir pahalanya walaupun setelah orang itu mati.
1. Orang yang mengajarkan ilmu, walaupun dia telah mati namun pahalanya akan tetap sampai kepadanya sekiranya ilmu itu memberi manfaat kepada orang yang diajar. Dengan syarat mengajar itu dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T. bukannya dengan tujuan untuk upah dunia.
2. Orang yang membina parit atau taliair, sama ada dia membina sendiri atau secara gotong royong dengan ahli masyarakat.
3. Orang yang membuat telaga dengan tujuan supaya setiap orang ramai dapat mengambil air untuk minum atau untuk keperluan hidup mereka. Maka selama air kolah atau telaga itu berguna atau diguna orang untuk berwudhu’ dan bersuci bagi memudahkan kerja ibadah, maka selam itulah pahalanya akan terus mengalir kepada orang-orang yang berbuat demikian.
4. Orang yang menanam pokok buah-buahan, selama hasilnya dapat dimakan oleh orang ataupun haiwan, ataupun rimbunan pokok-pokok tersebut dapat memberi peluan orang berteduh dari panas dan seumpamanya maka pahala dari semua faedah itu akan mengalir kepada orang yang menanamnya.
5. Membina masjid, sama ada membina masjid secara berseorangan atau menderma untuk pembinaan masjid. Sesungguhnya masjid itu disebut “rumah Allah” maka bagi orang yang membinanya sudah pasti akan menerima ganjaran yang terus menerus.
6. Mewakafkan naskah Al-Quran supaya dapat dibaca oleh orang ramai. Dengan mewakafkannya di Masjid-masjid, surau atau musalla, selama itu Al-Quran itu dibaca dan dihayati segala hokum dan panduan di dalamnya, maka pahala dari pembacaan itu akan terus mengalir kepada yang mewakafkan.
7. Orang yang mendidik anak-anaknya sehingga anak mereka menjadi orang yang soleh atau solehah, kerana anak-anak yang soleh akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah. Yang paling utama dari anak yang soleh ialah mereka akan sentiasa mendoakan akan kedua ibu bapanya, setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.
Sumber : Minda Barakah Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC.

Tuesday, December 1, 2015

Hadis


Menahan Diri Menghadapi Perkara Yang Menyakitkan Hati
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.

JOM KE TAMAN SYURGA


Jom Selawat