Sunday, April 12, 2015

6 CIRI PEWARIS SYURGA

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL MUKMINUN AYAT 1-11 YANG BERMAKSUD :

[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

jom upah haji


Tuesday, December 2, 2014

Hanya Allah yang Maha Memberi Rezeki

Firman Allah dalam surah Thaha ayat 132 yg bermaksud :
 

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sunday, November 16, 2014

Thursday, November 13, 2014

Sifat Pemalu Rasulullah SAW

Sumber JAKIM
 
Riwayat: (Muslim)
Kategori: (Akidah)
Hadith: 
 
Dari Abu Said al-Khudri RA katanya : Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah Baginda.
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, 'rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah SWT.
  2. Rasulullah SAW sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj Baginda iaitu di saat Rasulullah SAW menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah SWT memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas Baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, Baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, Baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda.
  3. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah SWT lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya
  4. Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu.

Monday, October 27, 2014


Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) 

Sempena berada di tahun 1436h ini mari kita berubah dari kurang baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada yang terbaik.

Tahu matlamat utama kita dijadikan akan memudahkan kita untuk berhijrah, atau memperbaiki diri, mentransformasi diri.

Tidak salah kita berdoa akhir dan awal tahun asal tidak disandarkan pada nabi.

Doa akhir tahun umpama muhasabah di penghujung tahun, doa awal tahun umpama permulaan utk kita terus mara ke hadapan. Namun lebih manis sekiranya proses islah dan transformasi itu berlaku apabila kita dikembalikan nikmat hidup...

Salam Maal Hijrah 1436h.

Wednesday, October 8, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.