1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak
kurang dari satu juz. Usahakan mengkhatamkan al-Quran dalam masa tidak
lebih daripada sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Hendaklah engkau membaca al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti dan memikirkan ertinya.
3.
Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf.
Banyak membaca hadis Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya hafal 40 hadis
dalam al-Arba'in An-Nawawiyah dan juga mengkaji asas-asas akidah dan
fiqh.
4. Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala atau berubat, begitu penyakit terasa
mengenaimu. Di samping itu perhatikan faktor-faktor penyebab kekuatan
dan perlindungan tubuh serta hindarilah faktor-faktor penyebab lemahnya
kesihatan.
5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan
dalam mengambil kopi, teh, dan minuman perangsang yang lain. Elakkan
sama sekali merokok.
6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan
dalam segala hal sama ada tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman,
badan dan tempat kerja kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.
7.Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.
8.Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun yang engkau hadapi.
9.Hendaklah
engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang
paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan
dalam menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri
sendiri dan dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.
10.
Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah
keseriusan itu menghalangimu daripada bercanda, senyum dan tawa.
11.
Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang
sensitif dan peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga
bersikap rendah diri dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid
dan tidak terlalu berlunak hati.
12. Hendaklah engkau bersikap
adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada setiap situasi.
Jangan kemarahan melalaikanmu daripada berbuat kebaikan, jangan
permusuhan membuatmu lupa daripada pengakuan jasa baik. Berkata benar
meskipun itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.
13.
Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam
aktiviti-aktiviti sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti
kepada orang lain, gemar melawat orang sakit, membantu yang memerlukan,
menanggung orang yang lemah dan meringankan derita orang yang terkena
musibah.
14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, bertolak
ansur, pemaaf, lemah lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku
baik dalam berhubungan dengan semua orang, menjaga etika sosial Islam,
menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar, memberi tempat kepada
yang lain dalam majlis, tidak memata-matai, tidak mengumpat, meminta
izin jika masuk mahupun keluar rumah dan lain-lain.
15. Hendaklah
engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca akhbar,
majalah atau tulisan lain. Bangunkan perpustakaan khusus, seberapapun
ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu
jika engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum
yang dengannya dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan
bagi pemahaman terhadap tuntutan fikrah.
16. Hendaklah engkau
mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan cukupkanlah
dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.
17.
Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah
dia sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika
diberi peluang untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika
benar-benar bertentangan dengan tugas dakwahmu.
18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.
19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.
20.
Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada judi dengan segala jenis
apapun maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun
keuntungan besar yang ada di baliknya.
21. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada riba dalam setiap aktiviti mu dan sucikan sama sekali daripada riba.
22.
Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan
mendorong berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam.
Engkau pun hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke
tangan orang non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan
berpakaian kecuali produk negeri Islammu sendiri.
23. Hendaklah
engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan
kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian daripada hartamu itu bagi orang
yang meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.
24.
Hendaklah engkau menyimpan sebahagian daripada penghasilanmu untuk
persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali
menyusahkan dirimu untuk mengejar kesempurnaan.
25. Hendaklah
engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing dalam
setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.
26.
Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami,
demikian juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi,
sekolah-sekolah dan segenap institusi yang tidak menyokong fikrahmu
secara total.
27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh
Allah, mengingati akhirat dan bersiap-siap untuk menuju redha Allah
dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan diri kepada Allah dengan
banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan lisan), dan berusaha
mengamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.
28.
Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam
keadaan berwuduk (suci) pada sebahagian besar waktu anda.
29.
Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu
dalam menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.
30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang juga jika kamu telah mampu.
31.
Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid.
Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.
32.
Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu.
Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah
untuk dirimu beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa
yang telah dilakukan, yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa,
kerana masa adalah kehidupan itu sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia
sedikitpun tanpa guna dan janganlah engkau ceroboh terhadap hal-hal
yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah yang haram.
33.
Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan
bersungguh-sungguh agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan.
Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu, menekan emosimu, dan mengawal
jiwamu. Gapailah hanya yang halal dan baik serta hijabilah dari yang
haram dalam keadaan bagaimanapun.
34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang memabukkan sejauh-jauhnya.
35.
Hendaklah engkau menjauh daripada pergaulan dengan orang jahat dan
persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat
maksiat.
36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak
sepatutnya, jangan sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup
mewah dan bersantai-santai.
37. Hendaklah engkau mengetahui teman
pergaulanmu satu persatu dengan pengetahuan yang lengkap dan
kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan selengkap-lengkapnya.
Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak kasih sayang,
penghargaan, pertolongan dan itsar. Hendaklah hadir di majlis mereka,
tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah
sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.
38. Hendaklah engkau
elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah sekiranya hubungan itu
tidak membawa maslahat bagi fikrahmu.
39. Hendaklah engkau
menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat kepada pemimpin
tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat sesuatu
yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.
40.
Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani
mahupun fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai "tentera
yang berada diberek yang sedang menanti arahan komander".
http://detikislam.blogspot.com/