AL FAQIR ILA AFWILLAH
SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH SALAM SEJAHTERA,AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM KE LAMAN BLOG AL FAQIR ILA AFWILLAH.SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA SIRU 'ALA BARAKATILLAH
Wednesday, November 21, 2018
UPAH HAJI 1440H/2019M.
Berbakti kpd arwah ibubapa@ pesakit yang tiada harapan sembuh melalui upah Haji.
UPAH HAJI 1440h/2019m: Hadiah untuk arwah ibubapa, suami@isteri tersayang @pesakit yang tiada harapan sembuh. Hanya RM 1950.00
Hubungi@whatsapp 017-9631817.
-------------------------------
Sekiranya anda berminat, sila isi maklumat upah haji anda :
Nama arwah :
Nama waris :
Alamat Waris :
No Tel/Hp :
Hubungi@whatsapp 017-9631817.
-------------------------------
Sekiranya anda berminat, sila isi maklumat upah haji anda :
Nama arwah :
Nama waris :
Alamat Waris :
No Tel/Hp :
Wednesday, April 12, 2017
Upah Haji 2017/ 1438h
Assalamualaikum warahmatullah, anda waris kepada ibubapa/isteri/adik beradik atau saudara mara???
Berminat untuk menyerahkan amanah upah haji??? Sekiranya berminat sila hubungi ustaz Hasminuddin (017 9631817) untuk maklumat lanjut....
Berminat untuk menyerahkan amanah upah haji??? Sekiranya berminat sila hubungi ustaz Hasminuddin (017 9631817) untuk maklumat lanjut....
Saturday, February 27, 2016
Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 dari Malaysia
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Waktu Kejadian
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
- Kangar – 8.25 pagi (67%)
- Kuah – 8.25 pagi (67%)
- Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
- Georgetown – 8.25 pagi (70%)
- Ipoh – 8.24 pagi (73%)
- Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
- Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
- Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
- Seremban – 8.24 pagi (81%)
- Melaka – 8.23 pagi (83%)
- Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
- Kuantan – 8.25 pagi (77%)
- Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
- Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
Sabah & Sarawak
- Kuching – 8.29 pagi (87%)
- Sibu – 8.31 pagi (85%)
- Bintulu – 8.33 pagi (82%)
- Miri – 8.36 pagi (78%)
- Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
- Sandakan – 8.42 pagi (75%)
- Tawau – 8.41 pagi (81%)
Jika anda berminat untuk mengetahui waktu di lokasi selain daripada di atas, sila klik PAUTAN ini. Waktu yang dipaparkan di sana ialah dalam Universal Time (UT). Anda perlu tambah 8 JAM untuk tukar ke waktu Malaysia.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Fasa-fasa atau bentuk gerhana tersebut adalah seperti di bawah. (Rajah ini merujuk kepada lokasi di sekitar Lembah Kelang. Namun ia boleh digunakan sebagai gambaran kasar untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia)
Cara Melihat Gerhana
Disebabkan fenomena ini Gerhana Matahari Separa, maka sebahagian matahari masih kelihatan dan bersinar terang di langit. Walaupun peratusan matahari yang tertutup itu tinggi (sekitar 87% di Kuching), namun ia masih amat berbahaya untuk dilihat dengan mata.AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI, SAMA ADA MENGGUNAKAN MATA MAHUPUN PERALATAN ASTRONOMI, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS KHAS MATAHARI. IA BOLEH MENGAKIBATKAN MATA ANDA BUTA!
Pastikan anda mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang betul daripada pakar-pakar Astronomi tempatan, pegawai Falak di Jabatan-jabatan Mufti, dan juga organisasi seperti Planetarium Negara.
Saya syorkan agar hubungi mereka terlebih dahulu untuk mendapat tunjuk ajar yang betul cara-cara melihat gerhana matahari ini.
Cermin Mata Gerhana.
Ini merupakan sebuah ‘cermin mata’ khas yang mempunyai lapisan khas yang akan menapis SEGALA cahaya berbahaya yang datang daripada matahari. Ia boleh didapati daripada kedai-kedai teleskop (jika masih ada stok!)
Penapis Baader
Penapis Baader ini kelihatan seperti aluminium foil tetapi ia sebenarnya sejenis penapis khas Matahari yang digunakan pada Teleskop dan Kamera.
Ia selalunya akan dipasang pada hadapan teleskop atau hadapan lens kamera seperti video di bawah.
Eyepiece Projection
Kaedah ini boleh digunakan di bawah PENGAWASAN YANG KETAT oleh dewasa atau guru-guru sekolah. Caranya ialah dengan menghala teleskop atau binokular ke aras matahari BERPANDUKAN bentuk bayang-bayang alat tersebut. (INGAT! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI MENERUSI TELESKOP TERSEBUT!)
Jika halaan anda tepat, imej matahari akan mula kelihatan pada kanta mata (eyepiece).
Letakkan sebuah kertas putih di belakang kanta mata supaya imej matahari tersebut terbentuk pada kertas itu.
Video di bawah mungkin dapat membantu.
Kamera Lubang Pin.
Kaedah ini PALING SELAMAT, iaitu dengan menebuk sebuah lubang halus pada kertas aluminium foil .
Halakan ke arah matahari. Imej matahari akan terhasil di belakangnya, pada kertas putih yang kedua.
Bilakah Gerhana Matahari seterusnya yang akan berlaku di Malaysia?
Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.Solat Gerhana
Hukumnya adalah Sunat Muakkad. Maklumat lanjut boleh didapati dalam Risalah Falak Edisi 1 terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor.Monday, February 22, 2016
ORANG ORANG INI RAJIN SOLAT TAPI MENDAPAT MURKA ALLAH, MENGAPA?
Rasulullah
saw bersabda: Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada
sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi
Muhammad adalah utusan Allh, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).
Seorang
Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien
ini. Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum
muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala,
mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat
mereka. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala
dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan
setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.
Imam
Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia.
Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan
kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan
kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.
Dalam
kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang
memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka
sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).
Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:
1. Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.
Sabda
Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya
itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.
Imam
Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu
dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti
sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk.
Subhanallah..
Semoga kita semua terhindar dari segala amal ibadah dan perbuatan yang
tidak diridhai oleh Allah SWT.. Amiin Amiin Ya Rabbal alamiin.
Sumber: kainkembang
Tuesday, January 26, 2016
Monday, January 18, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN Kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam pros...
-
Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. R...