Monday, August 31, 2009

Erti kemerdekaan yang sebenar...renungkanlah.

Marilah Kita mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Rub’i bin Umair ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah tentang sebab beliau membawa tentera Islam ke Parsi lalu dengan tegas dijawab : “ Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam.

Saturday, August 29, 2009

Hotel Al Zahraa HPA

9 Ramadhan adalah tarikh yang Alllah takdirkan. Jam 10.30 pagi ana dan zaujah akan berstatus musafir. Perjalanan menuju ke Sungai Petani mencari destinasi ramdhan…lebih kurang pukul 12 .30 tengahari sampilah ke sungai petani. Hotel Al Zahraa’ menjadi destinasi penginapan, lama dah nak menikmati sebuah hotel bertaraf Islam. Sampai di kaunter kami mendaftar sebagai tetamu, ambil bilik biasa pakej RM 100.00, RM 150.00 diminta termasuk deposit. Kunci bilik 302 diberikan. Kami menuju ke bilik. Tinggi jugak. Maklumlah 302. Sampai dibilik sungguh kagum melihat fasiliti, ada Al Quran, kain pelikat, telekung,.

Selepas zohor, ana pergi ke destinasi seterusnya iaitu kedai buku Hasani, banyak juga buku baru yang keluar antaranya : Indahnya Hidup bersyariat, Denganmu aku hidup Asmaaul Husna, kamus baru bahasa arab, bahasa melayu, bahasa Inggeris, Al Matien (cara belajar Al quran) dan banyak lagi kalau nak tahu silalah ziarah ke sana, zaujah ana biasalah beli buku untuk prasekolah maklumlah nak didik anak bangsa kenal ABC…..Ana hanya beli kamus bahasa arab melayu inggeris (terbitan oxford : 5) dan majalah solusi (Tajuk bagus edisi 5 : mengurus nyawa).

Bazar Ramadhan berdekatan petronas Sungai Petani menjadi destinasi seterusnya. Beli nasi kerabu, kuih buah melaka, tepung talam, kasui, Tiba waktu berbuka, sebelum itu, ana sms sahabat ana (Ustaz Akmal) sekiranya dah masuk waktu berbuka minta dismskan kerana ana fikir mungkin pihak hotel tidak bagitahu apa-apa mengenai berbuka. Sangkaan ana meleset, tiba-tiba suara azan mekah berkumandang tanda waktu berbuka puasa. Al hamdulillah, itu kelebihan lagi hotel hpa,

Waktu Isyak masuk, suara azan Mekah sekali lagi berkumandang. Al hamdulillah penginap hotel Al zahraa ni tak pernah dilalaikan sebab sentiasa diingatkan agar ingat pada Allah. 8.45 malam ana diambil oleh sahabat ana ustaz akmal untuk menunaikan solat tarwih di masjid al muttaqin taman ria. Al hamdulillah imam hafiz dan masjid adakan solat tarwih 20 rakaat, Ana solat hanya 8 rakaat sahaja. Selepas itu sembang-sembang dengan sahabat ana sambil minum barli dan roti bakar.

Jam 4.45 pagi telefon berbunyi menggerakkan sahur. Al hamdulillah sekali lagi. Sahur pun digerakkan. Jadi apa yang ditunggu cubalah menginap di hotel HPA milik ushawan muslim Hj Ismail.

Thursday, August 27, 2009

TEMPAH LA SEKARANG


Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
Dato Hj Ismail Kamus
Ustaz Nidzam Abdul Kadir

Harga Pasaran:
Semenanjung : RM 16.90
Sabah Sarawak : RM 18.90

Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd


Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang PUASA!

BOLEH TEMPAH MELALUI USTAZ HASMINUDDIN : PTSS 017 9631817

TEMPAH LA SEKARANG





Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)

Author: Dato' Ismail Kamus

Publisher: Telaga Biru Sdn Bhd

Published Date: 01-MAR-09

ISBN: 9675102306

Format: Hardcover

Main Category: ISLAMIC REFERENCES

Sub-Category: ISLAMIC LIVING

Harga : RM 55.00 *


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

BOLEH TEMPAH MELALUI USTAZ HASMINUDDIN : JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN : 017 9631817 : 6267

Wednesday, August 26, 2009

MUHASABAH RAMADHAN : DARJAT ORANG YANG BERPUASA

Menurut Hujjatul Islam Imam Al Ghazali Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):


1.Puasa 'Umum'
Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.Puasa ini seperti kita mengurung seekor ayam didalam reban dan tidak memberi makanan dari terbit fajar hingga terbenam matahari.Badan letih hanya lapar dan dahaga sahaja yang dapat.


2.Puasa 'Al-Khusus'
Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat. Disamping ia merasa takut (khauf) Allah tidak menerima puasanya kerana mungkin ada kesilapan atau kecuaian yang ia tidak sedari yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan mengharap puasanya diterima dengan perkara sunat sebolehnya ditunaikan, perkara makruh dan membatalkan puasa ditinggal kerena yang berhak menerima dan menolak puasanya hanyalah Allah.


3.Puasa 'Khususul Khusus'
Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, 'ujub, takabbur dan lain-lainnya. Inilah puasa para nabi, para siddiqin (orang yang benar), para solehin dan mereka yang hatinya dekat dengan Allah.

Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1

Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1

oleh: Mat Zain Mat Isa


Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.


Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Rad 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif. Image

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik, akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._


Disalin oleh : Ustaz Hasminuddin

Wednesday, August 19, 2009

BAGAIMANA NAK MAKMURKAN PUSAT ISLAM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan memberikan cadangan membina bagaimana cara nak memakmurkan pusat Islam PTSS.

Segala cadangan dan idea boleh dilontarkan dalam blog saya ini.

Wassalam.

Saturday, August 15, 2009

AHLAN YA RAMADHAN BULAN YANG DIRINDUI

Ramadhan bulan yang dirindui oleh semua umat Islam.
Ramadhan bulan yang menjanjikan pelbagai pakej :
Berlapar, membaca al quran, bersedekah, Qiamullail, Lailatul Qadar,

Semoga Ramadhan 1430h menjanjikan suatu yang terbaik buat kita...

Ya Allah berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan Amin


Jom Selawat