Monday, May 31, 2010

UMAR IBNU ABD AZIZ : HARAP DATO SERI PM MALAYSIA MEMBACANYA

Pengenalan

Umar ibni Abd al-Aziz (682-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifah Ummayyah sebelumnya, dia dilantik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.


Biografi

Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.


Menjadi Gabenor Madinah

Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.


Menjadi Khalifah

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.

Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.


Perubahan Pentadbiran

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.

Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.


Kewafatan

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.


Pengiktirafan

Hadis Nabi S.A.W

"Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"

Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim

"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"

Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim

"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"

Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan

"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"


Cebisan kata-kata menarik
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.

kuasa Allah

 


kalau berminat boleh tolong terjemah
Posted by Picasa

buku baru : yang mesti dibaca

 
Posted by Picasa


siapa yang ingin membeli buku ini boleh hubungi :

ustaz hasminuddin
h/p : 017 9631817

harga : rm 50.00

Sunday, May 30, 2010

Hukum sertai Facebook




Oleh Zaharuddin Abdul Rahman

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”


Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Kerajaan Tidak Berhak Pinda Hukum Allah - Dr Yusof al Qaradhawi



15 Jamadil Akhir 1431H.
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Islam telah menetapkan bahawa satu-satunya kuasa yang berhak menghalal dan mengharamkan sesuatu itu adalah kuasa Allah semata-mata. Tidak kira betapa tingginya darjat seseorang tersebut di dalam agama Allah, ataupun dari sudut pandangan manusia, ia tetap hak Allah SWT semata-mata.

Ia bukanlah hak orang cendekiawan atau ahli ugama, bukan juga milik raja atau sultan, untuk mereka menentukan sesuatu itu haram selama-lamanya kepada mana-mana manusia. Maka, sesiapa yang melakukan demikian, bermakna dia telah melampaui batasan hak Allah SWT di dalam mengatur syariat bagi semua makhluk.

Bahkan, sesiapa yang mengakui bahawa mereka berhak untuk mengatur syariat, dan orang ramai mengikutinya, seolah-olah dia telah menjadikan aturan mereka tersebut sebagai tandingan bagi Allah, dan mereka yang mengikutinya turut dikatakan sebagai syirik.

Allah SWT berfirman

Adakah patut bagi mereka, mempunyai sembahan-sembahan selain daripada Allah yang menyusun syariat di dalam agama, dengan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah asy Syura : 21)

Al Quran mengkritik golongan ahli kitab yang telah memberikan kekuasaan untuk menghalal dan mengharamkan kepada golongan-golongan cerdik (pendeta), dan ahli-ahli ugama dari kalangan mereka. Allah SWT berfirman

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

Seorang sahabat Nabi SAW, ‘Adiy bin Hatim telah datang berjumpa Baginda SAW (beliau adalah penganut agama Nasrani sebelum Islam). Ketika mana beliau mendengar Nabi SAW membacakan ayat 31 Surah at Taubah tersebut, beliau berkata :

“Wahai Rasulullah, mereka bukanlah menyembah benda-benda (cendekiawan dan ahli ugama) tersebut”

Lalu Baginda SAW menjelaskan

“Benar apa yang kamu katakan. Sesungguhnya mereka telah mengharamkan apa yang dihalalkan ke atas mereka, dan mreka juga menghalalkan apa yang diharamkan, lalu mereka mengikut sahaja syariat sesat tersebut. Maka perbuatan ini dikira penyembahan terhadap benda-benda tersebut”

Di dalam riwayat lain, bahawa Nabi SAW bersabda untuk mentafsirkan ayat 31, Surah at Taubah dengan berkata :

“Sekiranya mereka tidak dikatakan menyembah benda-benda tersebut, akan tetapi apabila benda-benda tersebut menghalalkan sesuatu perkara, mereka juga turut menghalalkannya. Begitu juga apabila benda-benda tersebut mengharamkan sesuatu perkara, mereka juga turut mengharamkannya.

Sebelum ini telah diceritakan tentang tanggapan orang kristian bahawa syariat itu berhak diatur oleh orang-orang mereka, bahkan ia bercanggah dengan al Quran. Orang Nasrani masih beranggapan bahawa Nabi Isa AS memberi kebenaran sepenuhnya kepada anak-anak muridnya untuk menghalal atau mengharamkan sesuka hati mereka.

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam Injil Mathew 18:18

“Satu kebenaran yang aku beritahu kepadamu, iaitu semua perkara yang berkaitan dengan urusanmu di dunia, ia juga sepertimana di langit. Dan setiap perkara yang kamu halalkan di dunia, ia juga dihalalkan di langit”

Demikianlah sepertimana yang Islam kritik terhadap golongan yang mensyirikkan Allah. Mereka mengharam dan menghalalkan sesuatu perkara tanpa keizinan daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum) : “Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah kepada mereka : “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Surah Yunus : 59)

Allah SWT berfirman

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu : “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya (Surah an Nahl : 116)

Berdasarkan ayat ini, dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini, Fuqaha telah mengemukakan satu pengetahuan yang meyakinkan, iaitu

“Sesungguhnya Allah sahajalah empunya kuasa untuk menentukan sesuatu itu halal atau haram di dalam al Quran, atau melalui lidah rasul-rasulNya”

Sesungguhnya peranan fuqaha’ dan ulama’ itu tidak melanggar hukum-hukum Allah di dalam menghalal atau mengharamkan sesuatu. Allah SWT berfirman

Allah SWT telah menerangkan kepada kamu apa yang diharamkanNya ke atas kamu (Surah al An’am : 119)

Fuqaha’ bukanlah berperanan untuk mengatur syariat agama bagi manusia tentang perkara yang dibenarkan ataupun tidak, sebaliknya mereka bersama-sama ulama’-ulama’ dan ijtihad-ijtihad mereka berusaha mengelakkan diri daripada mengeluarkan fatwa. Bahkan mereka lebih suka menyerahkan sesuatu permasalahan kepada ulama’ lain kerana mereka khuatir terhalalkan sesuatu yang haram, dan terharam sesuatu yang diharamkan.

p/s : Risalah ini diterjemah daripada artikel di dalam Buku al Halal Wal Haram, karangan Dr Yusof al Qaradhawi yang bertajuk "Allah Sahaja Yang Berhak Menghalal Atau Mengharamkan" - ibnuirfadzil.blogspot.com.

Monday, May 17, 2010

doa


Apakah anda biasa mendengar beberapa keluhan berikut?
Saya tak pandai baca doa, suruh orang lain...Seganlah doa saya tak bagus...Apalah dia ni asyik baca doa yang sama je...
INI ADALAH BEBERAPA CONTOH KELUHAN YANG BIASA DIDENGARI SEPANJANG PENGALAMAN KAMI MENGAJAR

&
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dari Laptop : Ustaz Zul Hairi Ahmad (Penerbit)
Ustaz Muhamad Zamri Hashim (Pengarang)

Tarikh : Isnin , 17 Mei 2010

Kehadapan: semua sahabat yang dihormati sekalian. Beberapa situasi diatas mungkin pernah melanda diri kita terutama kepada mereka yang baru menjadi guru. Menyedari hakikat ini kami merasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda beberapa koleksi doa dalam simpanan kami.

Kami merasakan KOLEKSI ini sangat perlu kepada ustaz, ustazah, guru atau sesiapa sahaja yang dilantik menjadi pembaca doa untuk majlis rasmi sekolah. Malah ianya sangat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan agar doa yang dibacakan bersesuaian serta menepati tujuan sambutan sesuatu majlis. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan, dirahmati dan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Selain turut memudahkan tugas untuk mengarang dan mencipta doa yang bertepatan dengan majlis rasmi sekolah. Ini kerana tidak semua orang MAMPU mengarang dengan baik dan ianya memakan masa. Kami tidak mengatakan koleksi ini adalah yang TERBAIK tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membantu sesiapa yang MEMERLUKAN di luar sana.

Mungkin akan ada yang berkata: Buat apa nak susah-susah? boleh cari je kat internet. Search kat pakcik "GOOGLE" atau makcik "YAHOO" berlambak doa percuma copy and paste je...

Memang benar hal ini dan kami tidak menafikannya. TETAPI satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah tidak semua sanggup dan mempunyai banyak masa membuat carian di internet...Justeru kami tampil memberi jalan mudah dan menyediakan satu alternatif kepada sesiapa yang memerlukannya.

AWAS!!! KOLEKSI ini tidak sesuai dan TIDAK DISARANKAN kepada mereka yang sememangnya rajin dan mempunyai kemampuan untuk mengarang doa sendiri.

DENGAN LAFAZ BISMILLAH KAMI PERKENALKAN BUKAN SATU TAPI DUA "KOLEKSI DOA MAJLIS RASMI SEKOLAH"



Sedikit maklumat berkenaan koleksi ini:
Ditulis dalam format PDF
Mengandungi lebih dari 40 doa untuk pelbagai majlis rasmi sekolah seperti : Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Israk Mikraj dan sebagainya.
Setiap koleksi memiliki 40 hingga 46 mukasurat dan boleh dicetak untuk kegunaan peribadi sahaja .
SIAPAKAH USTAZ ZAMRI YANG MENULIS KOLEKSI DOA INI?

Nama beliau ialah MUHAMAD ZAMRI BIN HASHIM.
Dilahirkan di PEKAN,PAHANG. Mendapat pendidikan agama awal di Sekolah Menengah Agama Al-Attas,Pekan (1991-1996) sebelum melanjutkan pelajaran di Jordon pada tahun 1997. Mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa dan Sastera Arab dari The Hashemite University of Jordon. Memperolehi Diploma Pendidikan dalam pengkhususan Bahasa Arab dari Maktab Perguruan Islam Bangi pada tahun 2003 dan kini menjawat jawatan guru agama di SMK CHINI,PEKAN PAHANG. Berpengalaman menulis teks-teks doa bagi program-program rasmi di peringkat Sekolah, Daerah Pekan dan negeri Pahang.

BERAPAKAH HARGA UNTUK MENDAPATKAN KOLEKSI INI?


Anda tidak perlu risau kerana kami tidak akan menjualnya dengan harga yang mahal. Harga yang ditawarkan sangat MURAH DAN BERPATUTAN. Sila lihat tawaran harga seperti dibawah: 3 peringkat harga berikut dibuat berdasarkan survey yang dijalankan oleh pihak kami sebelum menjualnya kepada umum.

HARGA PROMOSI RM 10
(terhad untuk 20 orang terawal sahaja)


* RM 20 ( harga untuk 80 orang pembeli berikutnya)
* RM 30 ( harga setelah 100 orang pembeli tercapai)

DAPATKAN SEGERA PADA HARGA PROMOSI KERANA KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENAIKKAN HARGA SETELAH KOUTA 100 ORANG PERTAMA DIPENUHI

TEMPAHAN ANDA DIJAMIN SELAMAT


MASIH RAGU-RAGU UNTUK MEMBELI?
SILA LIHAT BONUS YANG DITAWARKAN JIKA ANDA BERTINDAK SEGERA DAN MEMBELINYA SEKARANG !!!



Bonus Eksklusif 1

PERCUMA EBOOK KUASA FOKUS



Harga Pasaran = RM10.00
Untuk Anda = PERCUMA




Bonus Eksklusif 2

KUPON DISKAUN 50% EBOOK
"Kamus Tafsir Mimpi"



Harga Pasaran = RM30.00
Untuk Anda = RM15.00 (DISKAUN 50%)




Jom Selawat