Friday, March 22, 2013

al fatihah untuk Dr Ramadhan Al-Buti

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya " 

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" 

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)  

*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. 

Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.

Tuesday, March 19, 2013


Promosi produk kesihatan . . .
Anda inginkan minda yang cerdas? 
Sentiasa bertenaga ? 

Hubungi 
Ustaz Hasminuddin Hashim  
(017 9631817)
untuk mendapatkan maklumat lanjut . . .
Tidak salah mencuba sesuatu yang baik.




Smartcoco A+ RM 20.00,
Jus Al Khaira RM 40.00,
Kopi Barli Al Munawwarah RM 22.00.
 Smartcoklat (RM 18.00) sedaapp...


Promosi produk kesihatan . . .anda inginkan minda yang cerdas? sentiasa bertenaga ? 
Hubungi Ustaz Hasminuddin Hashim untuk mendapatkan maklumat lanjut . . .
Tidak salah mencuba sesuatu yang baik

Harga

Smartcoco A+ RM 20.00,
Jus Al Khaira RM 40.00,
Kopi Barli Al Munawwarah RM 22.00. Smartcoklat (RM 18.00) sedaapp..

nk cuba? nak tenaga? nak cedas minda?
hubungi us hasminuddin (017 9631817)

Saturday, March 16, 2013

Untuk Jemaah Haji Dan Umrah


Anda mencari minuman tambahan+kecerdasan 
untuk menunaikan Umrah & Haji?

Kami ada jawapannya!!!

Smartcoco A+, 
Kopi barli munawwarah & Jus al khaira 

nk cuba? nak tenaga? nak cedas minda?
hubungi us hasminuddin (017 9631817)

Smartcoco A+ RM 20.00,
Jus al khaira RM 40.00,
Kopi al.munawwarah RM 22.00.



Anda ingin mencari minuman tambahan+kecerdasan 
untuk anak anda?
Anda seringkali lemah tubuh badan?
Anda mengalami kecing tidak lawas?
Anda ingin anak anda cemerlang dalam peperiksaan?

Kami ada jawapannya

Smartcoco A+, Kopi barli munawwarah & Jus al khaira 


nk cuba? nak tenaga? nak cedas minda?
hubungi us hasminuddin (017 9631817)

Smartcoco A+ RM 20.00,
Jus al khaira RM 40.00,
Kopi al.munawwarah RM 22.00.



al hamdulillah jualan smartcoco A+, kopi barli munawwarah dan jus al khaira menggalakkan.
nk cuba? nak tenaga? nak cedas minda?
hubungi us hasminuddin (017 9631817)

Smartcoco A+ RM 20.00,
Jus al khaira RM 40.00,
Kopi al.munawwarah RM 22.00.

Wednesday, March 6, 2013

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH



HAJI IALAH MENGUNJUNGI BAITULLAH AL-HARAM (KAABAH) DI MAKKAH PADA BULAN-BULAN HAJI UNTUK MENGERJAKAN IBADAT–IBADAT TERTENTU MENURUT SYARAT-SYARATNYA

UMRAH IALAH MENGUNJUNGI BAITULLAH AL-HARAM DI MAKKAH PADA BILA-BILA MASA UNTUK MENGERJAKAN IBADAT TERTENTU MENURUT SYARAT-SYARATNYA

Tuesday, March 5, 2013

Kisah Adam Corrie Lee Bin Abdullah Memeluk Islam



TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. 

Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam. 

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka. 

“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik. 

13 July 2007 di Bangunan PERKIM Jalan Ipoh 

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain. 

Saya telah mengucap dua kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya. 

Bagaimana Boleh Peluk Islam? 

1. Kaabah – Saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana 

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka 

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah 

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; 

“Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. 

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya Smile 


Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah. Alhamdulillah Smile beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang. 

Hadiah dari Allah ketika menjadi tetamuNya. 

Alhamdulillah Smile 

P/s : masih menghormati agama keluarga saya. tidak pernah kata memandang hina pada agama lain. Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain 

Isteri Adam Corrie juga banyak membantu Adam Corrie di awal perkahwinan, penulis kongsikan antara tips yang dikongsikan. 

Isteri saya tahu saya banyak kekurangan ilmu dalam ehwal agama Islam. 

Sejak awal perkahwinan lagi, setiap malam sebelum tidur isteri saya akan bacakan buku agama, manakala saya akan mendengarnya. Mula-mula isteri membaca buku mengenai Rasul-rasul. Kemudian membaca buku berkaitan hukum hakam agama. 

Membaca buku sebelum tidur sudah menjadi rutin. Sekarang kami sudah bergilir-gilir membaca dan mendengar. Salah satu cara menimba ilmu dan mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. 

Mulianya hati isteri Adam Corrie membantu suaminya dalam mengenali lebih dalam lagi mengenai Islam. 

Dipetik dari : Harianislam.com

Jom Selawat