Thursday, June 10, 2010

JADUAL KULIAH MAGHRIB ABU HUMAIRA' TERBARU



FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :
Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(AZ ZUMAR : 9)

SABDA RASULULLAH YANG BERMAKSUD :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)

SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.... SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA. MULAI JUN 2010 JADUAL KULIAH MAGHRIB USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM (ABU HUMAIRA') SEPERTI BERIKUT :

ISNIN : MASJID ALI 'IMRAN ULU PAUH PERLIS (KITAB BIDAYATUL HIDAYAH : IMAM AL GHAZALI)

SELASA : MASJID FELDA CHUPING PERLIS (KITAB BIDAYATUL HIDAYAH : IMAM AL GHAZALI)

RABU : MASJID KAMPUNG GURING PEKAN PAUH PERLIS (KITAB BAHRUL MAZI : SYEIKH IDRIS AL MARBAWI)

KHAMIS : PUSAT ISLAM LUQMAN AL HAKIM POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (KITAB APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM : AL MARHUM USTAZ FATHI YAKAN)

JUMAAT : MASJID KAMPUNG TRADISI CHANGLOON KEDAH (KITAB BIDAYATUL HIDAYAH : IMAM AL GHAZALI)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR GUNA MENAMBAH ILMU UNTUK MENGHARUNGI DUNIA YANG PENUH MEHNAH DAN TRIBULASI.

Dapatkan buku-buku telaga biru segera.



FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al 'Alaq : 1-5)

MEMBACA ADALAH PUNCA SEGALA ILMU, MEMBACA IALAH SUATU SURUHAN DAN WAHYU PERTAMA KEPADA RASULULLAH.

ZAMAN KINI KESIBUKAN KERJA TIDAK MEMBERI PELUANG UNTUK KITA BERKUNJUNG KE KEDAI BUKU. ADA ALTENATIF UNTUK ANDA MELALUI JARI SAHAJA. KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK KE KEDAI BUKU MEMBELI MAJALAH SOLUSI DAN BUKU-BUKU TELAGA BIRU BOLEH MENJENGUK LAMAN www.stormreaders.net/hasminuddin.

DAPATKAN BUKU-BUKU BERMUTU TULISAN PENULIS YANG HEBAT. JANGAN LEPASKAN PELUANG.

Wednesday, June 9, 2010

Para Pembesar Melalaikan Solat



Posted on Wednesday, June 09 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Tazkirah Oleh: amkns

"Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”



***************************

Pembesar Melalaikan Solat

Hadith : Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.” (Muslim)

Huraian:

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat.

Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.

Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai.

Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya. Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu.

Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat.

Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.

Sesungguhnya sembahyang lima waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja.

Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa. Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan.

Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://ii.islam.gov.my/hadith

Sunday, June 6, 2010

Judi membawa bala




Posted on Sunday, June 06 @ 05:46:22 PDT by Paktam
Oleh Harussani Zakaria

ISLAM menyuruh kita bersukan kerana ia nyata memberi faedah kesihatan kepada tubuh badan. Menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, maka saya lihat di negara kita juga, promosi rancak dijalankan, oleh televisyen dan syarikat-syarikat yang sibuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan hasil dari demam bola sepak ini. Namun apa yang sangat mendukacitakan saya akhir-akhir ini, apabila pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keizinan dan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia ini


Sebagai seorang rakyat Malaysia yang memberi taat setia dan cintakan negara dan salah seorang yang diberi amanah untuk menjaga agama Islam yang mulia, saya dengan rasa bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara ingin memberikan pandangan dari sudut agama dan nasihat sebagai seorang warganegara yang sayangkan pemimpin yang ada mengenai hasrat kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi sempena berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram.

Pada hemat saya, hasrat tersebut tidak wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran mana-mana agama, bahkan ia juga bercanggah dengan lunas dan tatacara berfikir yang betul serta tidak menepati etika dan budaya masyarakat ketimuran. Malah saya berpendapat dengan pemberian lesen judi berkenaan akan mengundang pelbagai impak negatif kepada negara, masyarakat dan individu. Dengan itu, saya menyarankan agar pihak kerajaan tidak meneruskan hasrat tersebut bersandarkan kepada beberapa pertimbangan berikut;

1. Menjejas nama baik Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi di persada dunia. Sedangkan amalan judi merupakan salah satu tegahan Allah SWT yang sangat jelas. Firman-Nya; Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib merupakan amalan yang kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Ulama sepakat berdasarkan ayat di atas judi itu adalah haram, malah sesiapa yang menghalalkannya selepas itu, maka gelincirlah imannya.

Dengan pemberian lesen tersebut secara tidak langsung telah melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara yang membenarkan amalan judi. Hal ini amat bercanggah dengan roh dan inspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam dari sudut perundangan, budaya dan sosio masyarakat.

2. Menghormati sensitiviti umat Islam yang berpendapat judi sebagai aktiviti haram dari sudut syarak dan majoriti rakyat Malaysia yang memandang judi sebagai aktiviti jijik dan yang tidak bermoral. Manusia yang berfikir secara waras dan bijaksana akan menolak amalan judi biar sekali pun mereka bukan terdiri daripada orang yang kuat berpegang kepada agama atau sebaliknya. Malah mereka yang tidak beragama sekalipun tetap berpendapat judi akan merosakkan individu dan masyarakat. Berjudi merupakan pembaziran tanpa sebab, membuang masa dan melalaikan, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, melatih sifat malas berusaha dan membiasakan tabiat suka berhutang, menimbulkan kepincangan ekonomi individu secara tiba-tiba dan akhirnya memporak-perandakan keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Sepatutnya pihak kerajaan perlulah lebih prihatin dalam memberi pertimbangan mengenai perkara-perkara sebegini demi menjaga keharmonian dan kemaslahatan rakyat jelata. Umum berpendapat kerajaan dengan isu itu telah menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.

3. Tidak dapat dinafikan hasrat kerajaan mengawal aktiviti judi tidak berlesen adalah satu langkah yang amat positif namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberi lesen. Justifikasi kerajaan bahawa pemberian judi berlesen akan memudahkan pengawalan adalah tidak tepat sama sekali. Pemberian judi berlesen tidak akan sama sekali membawa kepada pengawalan aktiviti judi tidak berlesen. Tidak ada sebarang jaminan bahawa para penjudi akan hanya berjudi melalui judi berlesen. Begitu juga justifikasi pihak kerajaan bahawa pemberian lesen judi akan meningkatkan kutipan hasil yang akan dapat dimanfaat untuk faedah rakyat dan kepentingan negara adalah terlalu lemah.

kepincangan

Kenapa kita hanya melihat kepada faedah jangka pendek dan melupakan segala bentuk masalah yang lebih besar dan segala macam kepincangan yang akan dihasilkan daripada pemberian judi berlesen ini. Firman Allah:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya, (al-Baqarah: 219)

Secara umumnya, untuk menimbang tara kemaslahatan dan kemudaratan, Imam al-Syatibi mengemukakan beberapa asas utama yang boleh dijadikan rujukan dan panduan seperti;

Maksudnya: “Menolak kerosakan hendaklah didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”

Maksudnya: “Tindak tanduk pemerintah hendaklah bersandarkan maslahat”.

Persoalannya, apakah dengan memberikan lesen judi itu akan memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum untuk rakyat (maslahat)? Pada hal, pemerintah juga hendaklah bertanggungjawab mengawal, membasmi, mencegah dan menghindari kemungkaran, kefasadan yang berlaku. Saya berpendapat, cadangan tersebut tidak mendatangkan sebarang kebaikan atau kemaslahatan kepada kepentingan umum rakyat kecuali hanyalah kepada individu-individu tertentu yang bergelar taukeh judi semata-mata. Malah cadangan tersebut turut membelakangkan kepentingan umum yang kerap disarankan oleh pihak kerajaan supaya rakyat tekun bekerja, giat bertani dan berniaga, membina kecerdasan intelektual dan matang, mempunyai daya saing yang tinggi di samping keluhuran peribadi dan pegangan yang utuh kepada nilai dan agama.

Akhirnya saya ingin mengingatkan kita semua dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Araf: 96: Bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.

Nyata dalam ayat ini, bahawa hanya keimanan dan ketaatan pemerintah dan rakyat sebuah negara kepada Allah SWT saja akan membuka limpahan rezeki atau taraf ekonomi sebuah negara. Namun ketika mana maksiat berleluasa, maka Allah SWT menjanjikan azab dan kesusahan yang menimpa negara tersebut. Demi Allah! Saya risau dan takut dengan kepelbagaian masalah dan maksiat di negara kita ini yang masih tidak mampu untuk kita tangani, akan datang pula bala dari Allah tanpa kita sangka dan duga.

Justeru itu, saya menasihatkan dan merayu agar pihak kerajaan membatalkan kelulusan untuk mengeluarkan lesen judi tersebut sempena perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan rakyat jelata dan memartabatkan negara, bangsa dan agama. Saya yakin negara tidak akan rugi, dengan membatalkan lesen judi tersebut, saya betul yakin, kerana itu adalah janji Allah SWT.U/M

Saturday, June 5, 2010

Puasa dijangka 11 Ogos, Aidilfitri 10 Sept.




20 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Perwira bin Osman

PUTRAJAYA 2 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Rabu, 11 Ogos ini manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Jumaat 10 September.

Penyelaras Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Nasirun Mohd. Salleh berkata, jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Menurutnya, pada 29 Syaaban 1431H bersamaan 10 Ogos, kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan lebih lapan jam kerana ijtimak berlaku.

"Dengan kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1431 Hijrah jatuh pada Rabu 11 Ogos 2010,'' kata beliau yang juga Pengarah Pusat Islam USM ketika dihubungi Utusan Malaysia di Pulau Pinang hari ini.

Mengenai Aidilfitri pula, beliau berkata, ijtimak bulan Syawal berlaku pada pukul 6.31 petang, 8 September 2010.

''Berdasarkan itu, kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah. Oleh itu, keesokannya digenapkan 30 Ramadan, maka 1 Syawal jatuh pada 10 September," kata beliau.

Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

Artikel Oleh: osmantikos

"Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris.

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

http://feryco.com/serangan-rejim-israel-buka-mata-pemimpin-umat-islam

http://feryco.com/secret-society-rockefeller-rothschild-dan-hitle

Tuesday, June 1, 2010

Gambar 'Aisyah Humaira' Al Mujahidah terbaru



SALAM BUAT SEMUA DOAKAN HUMAIRA' KAMI SIHAT DAN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH JUGA MUJAHIDAH FI SABILILLAH.

AMIN YA RABB.

Jom Selawat