Tuesday, May 24, 2011

Semak arah kiblat , Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas

WAllahu Ta’ala A’lam.

SUMBER: http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam

Monday, May 23, 2011

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Saturday, May 21, 2011

Awas!Daging lembu daripada Babi..

Posted on Saturday, May 21 @ 07:27:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: waksab

"lembu atau babi?

Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru. Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".

Daging lembu tiruan



Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Ya... DAGING BABI! Terima kasih kepada penulis asal yang memaklumkan kepada kita perkara ini supaya dapat kita hindarkan diri dari termakan najis berat tersebut.

Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya?

Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan? Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, jiga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.

Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara (memalukan sebagai sebuah negara Islam), tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam) melakukan pengkhianatan tersebut. Sudahkah anda bersedia?

Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.

Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan. Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!

Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan" a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!

Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia dari bencana seperti ini yang semakin hari semakin melarat? Adakah ia hanya tanggung jawab individu semata-mata - untuk menghindarinya, bagaimana pula keadaannya mereka yang tidak mengetahuinya? Beribu jenis bahan makanan yang ada dalam pasaran negara kita dan semuanya digunakan oleh orang ramai termasuk orang Islam. Cuba renungkan, siapakah yang bertanggung jawab? Tentunya jawapan mudah ialah "kerajaan" termasuk majlis ulama dan majlis agama Islam!

Kerajaan sebagai pemerintah yang sering menslogankan "negara Islam" didapati tidak mampu membangunkan sebuah badan yang khusus menjaga hal ehwal makanan Islam/halal di negara ini. Ini amat menyedihkan. Teknologi Makanan sudah semakin maju, terdapat ramai saintis dalam bidang ini dan sudah ada yang mempunyai Dr phd dan bergelar pakar, malangnya mereka tidak dapat digabungkan bagi membantu memuktamadkan kajian berkaitan sumber makanan halal. Sekurang-kurangnya umat Islam akan terasa terbela jika langkah membangun infrastruktur ini dilakukan.

Sampai masanya sebuah badan bertaraf nasional ditubuhkan sekurang-kurangnya setaraf "Badan Berkanun" bagi menyelamatkan umat Islam negara ini dari menjadi mangsa manusia keparat yang hanya hidup di atas kemungkaran malah sanggup membuat tipuan menjadikan makanan "haram" bertukar kepada "halal".

Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada usaha menubuhkan badan khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat memalukan.

Teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Wallahu a’lam


CHINA: CHANGING PORK INTO BEEFFauna from ChinaSMACK looks into the latest food security scandal on beef extract addictive which can turn pork into beef.Process of turning pork into “beef” by adding beef extract exposed
Recently, Anhui, Jiangxi, Fujian, and other places have been exposed by the media who have discovered a kind of “beef extract” additive that allows pork to become “beef”.
First cut the pork into pieces.
First cut the pork into pieces.
Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork becomes a brown color. Then add the pork to boiling water to cook it. The color of the pork will then also become darker.
Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the
pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork
becomes a brown color. Then add the pork to boiling
water to cook it. The color of the pork will then also
become darker.
Add the prepared
Add the prepared "beef powder" to the pork, then add caramel.
After mixing, the pork immediately changes appearance, the color looking even more like soy sauce braised beef, mingled with an aroma.
After mixing, the pork immediately changes appearance,
the color looking even more like soy sauce braised beef,
mingled with an aroma.
The final product is very much like stewed beef.
The final product is very much like stewed beef.
http://waksab.blogspot.com

Tuesday, May 10, 2011

Asy-Sya'rawi tokoh tafsir terkemuka



Asy-Sya'rawi dianggap sebagai tetamu kehormat di Universiti Malik Abdul Aziz di Mekah


MUHAMMAD Mutawalli Sya'rawi dilahirkan di Mitaghamr Daqhiliayah, Mesir pada tahun 1911. Beliau juga turut digelar sebagai Ketua dari fakulti bahasa Arab Universiti Al-Azhar pada tahun 1941 dan biasa dipanggil dengan nama Asy-Sya'rawi.

Beliau yang memiliki ijazah dan menjadi tenaga pengajar pada tahun 1943 pernah mengajar di Madrasah Diniyah di Thantha, Iskandariah dan Zaqaziq.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai pensyarah di fakulti Syariah, Universiti Malik Ibnu Abdul Aziz, Mekah Al-Mukaramah.

Pada tahun 1961, beliau dilantik sebagai Pengarah Dakwah di Kementerian Wakaf, Pengawas Bahasa di Al-Azhar (1962), Pengarah Perpustakaan Syaikh Al-Azhar (1964), Pengarah Utama Al-Azhar (1975) dan sebagai Menteri Perwakafan dan Urusan Al-Azhar pada tahun 1976.

Asy-Sya'rawi juga terpilih sebagai anggota Majlis Bahasa Arab pada tahun 1987, anggota Gerakan Pendiri Rabithah Alam Islami di Mekah.

Malah beliau dianggap sebagai tetamu kehormat di Universiti Malik Abdul Aziz di Mekah.

Menjadi khatib pada khutbah Arafah di Mekah pada musim haji tahun 1979. Selain itu, beliau juga menghadiri ratusan seminar dan simposium bertaraf antarabangsa bagi memberikan pencerahan kembali kepada Islam terutama yang menyentuh aspek kehidupan kaum Muslimin.

Asy-Sya'rawi turut mendapat anugerah Daulah Takdiriyah tahun 1988. Beliau juga turut mendapat gelaran Doktor Kehormat dari Universiti Mansurah, Mesir, pada tahun 1980.

Selain itu, beliau turut terlibat sebagai pembicara dalam siaran langsung Tafsir al-Quran pada setiap hari Jumaat di televisyen Mesir.

Di antara syairnya tentang hijrah Rasulullah SAW adalah

Mohon istirahatlah wahai cahaya yang mulia,

Dan ketampanan agung bagimu tak terlarang segala rahsia,

Katakanlah bagi pencari-Nya, sungguh kamu pemburu kemuliaan,

Mendapatkan petunjuk pada genggaman Jabbar,

Kamu adalah pembela, pejuang yang diharap oleh kaum tertindas,

Setiap sendi duniawi yang tidak dibangun atas agama,

Sesungguhnya bangunan di atas lumpur akan roboh.

Terdapat lagi beberapa karya-karyanya yang lain seperti Al adalah Al-Fatwa Kubra, Min Faidi al-Rahman fi Mu'jizati Al-Quran, Tafsir Al-Quran al-Adzim, Aqidatu al-Muslim, serta Labbaika Allahuma Labaik.

Beliau meninggal dunia di Kaherah pada 17 Jun 1998 dan dikebumikan di tempat kelahirannya di Daqhiliyah.

Qazaf: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily 14 Mei


Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sumpah dan Qazaf’ di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.

Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.

Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.

Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.

Sunday, May 8, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


Bila Air Mata Berbicara

.... dan mata pun terbuka. Lantaran bunyi alarm dari telefon bimbit dengan kalimah Lailahaillallah.

Alhamdulillah. Masih punya umur yang panjang. Bingkas bangkit. Kekasih telah lama menanti.

Usai Subuh yang singkat, ku duduk di atas sejadah usang, sejadah peninggalan arwah. Hanya itu saja yang tinggal.

Tatkala bibir melafaz taubat, istighfar yang panjang..

Air mata: Kau benar menyesal?

Aku: Ya. Aku menyesal.

Air mata: Apa yang kau kesalkan?

Aku: Banyak. Begitu banyak yang patut aku kesalkan. Kealpaan. Kesombongan. Kelekaan. Ah, begitu banyak untuk aku senaraikan satu persatu.

Air mata: Maka, mengapa tidak kau titiskan aku? Sudah lama kau tidak menangis, bukan?

Aku: Ya. (Perlahan. Dada menahan sebak.)

Air mata: Kau tak mahu menangis?

Aku: Bukan. Bukan aku tak mahu.

Air mata: Jadi? Apa kau tunggu lagi? Aku sudah lama tersimpan. Aku sudah lama menanti. Mengapa tiada setitis pun yang keluar? Atau kau hanya pura-pura kesal?

Aku: Tidak! Aku bukan berpura-pura. Sungguh, aku manusia yang banyak dosa. Aku tahu.

Air mata: Nah. Buktikan.

Aku: ... (Termenung) Aku... aku tak mampu. Kesedihan itu tidak menyelubungiku. Ia sudah hilang.

Air mata: Oh, alangkah ruginya. Kau tahu bukan, andai setitis aku mengalir di pipi itu mahupun basah hanya sehelai bulu mata mu, dosa mu terhapus. (1)

Aku: (Terus tertunduk malu. Apakah yang menghantui aku? Tangisan. Aku sudah tak mampu.)

Air mata: (terus menyambung bicara..) Apakah kau sudah sombong?? Kau sudah senang. Kau tidak lagi dibelenggu kesempitan. Kau kacang lupakan kulit??

Aku: Tidak!! Bukan!! (Meronta, menafi)

Air mata: Biarkanlah aku mengalir.

"Tangisilah dosamu sepanjang masa dengan bersungguh-sungguh, sesungguhnya tangisan meringankan kesedihan.

Jangan engkau lupa dosamu dalam kitab dan besarnya, sesungguhnya dosa-dosa meliputi manusia"

Air mata: Ah! Aku kecewa. Aku tahu kau telah lupa. Kau merasa nikmat dan bahagia?? Kau merasa sombong!! Kau sangka kau tidak berdosa!! Hati kau keras!! Ego!!

"Sesiapa yang takutkan Allah s.w.t maka perbanyakkanlah air mata dalam khalwat.
Semoga ianya setelah ingatan dan tangisan, air mata ditukarkan dengan kebaikan." (3)

Air mata: Sudahlah. Kau menangis cuma bila kau kecewa. Kau menangis cuma bila kau buntu.Kau menangis cuma bila kau merasa tak punya apa-apa. Kau lupa Sang Pencipta!!

Aku: bukan...(perlahan. Bibir terkunci. Hati sayu. Mahu lari.) Mengapakah ia tak mahu mengalir? Itu aku tak punya jawapan. Aku tak tahu! Sunguh, aku tak tahu!

Air mata: Ah, aku benar-benar kecewa. Jangan kau beri alasan. Manusia memang begitu.

"Aku mahukan air mataku sebagai lautan yang menumpahkan air, dari mataku atas apa yang telah luput dari zamanku.

Sebagai penyesalan daripadaku bagi kelemahan atas ketakutan, yang tidak diperolehi kesedihan melainkan belenggu ketakutan.

Demi Allah sekiranya sah tetapnya kesedihan, tidaklah aku mendapati melainkan tidur dalam kesedihan.

Alangkah baiknya mataku pada seluruh anggota, menangis atasku dengan mata yang tidak mengantuk." (4)

Matahari mula menampakkan muka. Hari sudah terang. Aku bangkit meninggalkan sejadah usang, tanpa air mata. Kesal.

*****

Rujukan:

1 : Hadith;

i) Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) kembali ke tempat asalnya." - [HR.At-Tirmidzi]

ii) Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak." - [HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih]

Kisah Hamba Allah dan Bulu Mata di Akhirat (hairilabubakar.blogspot)

(2) - (4) (sumber sajak): Ibnu al Jauzi 2006. Taman Nasihat Kebun Pendengar. Jasmin Enterprise. 1: 168-172.

Sumber Grafik: Amy Llyod

Jom Selawat