Monday, June 16, 2014

AHLAN YA RAMADHAN

Bulan Syaaban akan meninggalkan kita tak sampai 2 minggu lagi....Kita akan bertemu dengan Bulan yang penuh kerahmatan..Bulan keampunan. Moga Ramadhan 1435h menjanjikan suatu yang terbaik buat kita semua sebagai umat Rasulullah.

Mungkin kita terlupa@terlalai...bulan Syaaban mengandungi kelebihan. Kelebihan berpuasa, kelebihan puasa 13,14 dan 15 Syaaban. Kelebihan beribadah dalam malam nisfu Syaaban. Allah huakbar. Kita juga mungkin teringat peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Syaaban iaitu perpindahan arah qiblat dari masjid Al Aqsa di Palestin ke masjid Al haram di Mekah. Suatu perisytiharan dari Allah untuk kekasihNya Rasulullah agar mengalighkan qiblat sebanyak 180 darjah......Maha Suci Allah perpindahan itu kekal hingga hari ini dan selamanya.

Ramadhan akan datang bersama rahmat, keampunan Allah. Mari kita saudara/saudari seislamku sekalian kita merebut ganjaran di bulan Ramadhan. Moga "kursus" sebulan yang Allah wajibkan kepada mereka yang layak akan membuahkan hasil terbaik untuk kita teruskan kehidupan 11 bulan akan datang.

Ramadhan adanya puasa, ramadhan adanya berbuka puasa, ramadhan adanya sahur, ramadhan adanya lailatul qadr, ramadhan adanya janji dari Allah bebaskan hambanya dari api neraka. Tunggu apa lagi saudara.
Piala Dunia piala dunia juga.....Tengokla...Sebelum tu solat tahajjud 2 rakaat. Selepas habis nonton piala dunia solat witir...sahur dan solat subuh berjemaah. Kan bagus macam tuu.

Moga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan....Oh Ramadhan Kami makin rindu untuk bertemu denganmu oh lailatul qadr pertemukanlah kami denganmu.




No comments:

Post a Comment

Jom Selawat