Wednesday, November 25, 2015

Nik Aziz pun pernah dicerca, dibenci



SHAH ALAM – Ketika zaman mudanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah dicerca dan dibenci gara-gara mengaitkan agama dengan politik.
Namun menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, suasana tersebut sudah pun berubah pada hari ini.
“TGNA semasa mudanya dulu selalu dicerca dan dibenci oleh orang-orang yang tak suka akan para pendakwah yang kaitkan agama dalam politik.
“Hari ini sebaliknya. Pembenci dan pencerca para pendakwah adalah orang-orang yang terlajak politik lah pula,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, semalam.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar para pendakwah hari ini agar menikmati suasana itu sebagai ketentuan ALLAH.
“Moral ceritanya, para pendakwah, di mana dan pada saat mana pun, antara 'peminat' setia mereka adalah pembenci dan pencercanya. Nikmatinya sebagai sunnah ALLAH,” katanya.
Perkembangan politik dalam Pas mutakhir ini dipenuhi dengan pancaroba dengan pelbagai dakwaan dan spekulasi mengaitkan pemimpinnya.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat