Cuti adalah suatu yang menyeronokkan kepada insan. Ada berbagai cuti : cuti kerja, cuti sekolah, cuti umum dan banyak lagi. Saya ingin berkongsi pandangan mengenai cuti sekolah yang baru bermula hari ini (3o Mei 2009).
Memang suatu yang menggembirakan, namun ianya perlu dipenuhi dengan pengisian duniawi dan ukhrawi. Inilah masanya ibu bapa perlu memberi penekanan terhadap aspek akhlak islam yang perlu ada pada anak-anak.
SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH SALAM SEJAHTERA,AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM KE LAMAN BLOG AL FAQIR ILA AFWILLAH.SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA SIRU 'ALA BARAKATILLAH
Friday, May 29, 2009
Sunday, May 24, 2009
7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.
7 Perkara Yang Menghairankan :-
1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )
Thursday, May 21, 2009
Konspirasi H1N1
ZAMRI Kecik's
Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.
Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.
Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.
Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.
Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.
Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.
Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.
Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.
Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.
Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.
Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.
Pembukaan Semula Program Senjata Biologi
Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.
Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.
Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.
Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.
Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.
Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..
Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;
“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Wednesday, May 20, 2009
Mengapa solat subuh????
Salamualaikum warahmatullah
Salam ukhwah dari al faqir ila afwillah buat bonda yang tersayang, isteriku yang tercinta, adinda-adindaku yang ku rindui, guru-guruku yang aku hormat dan aku ingat jasa-jasamu, rakan-rakanku yang pernah berjuang bersamaku, pelajar-pelajarku dan seluruh muslimin dan muslimat.
Solat lima waktu merupakan kewajipan yang terpundak di atas bahu insan yang beriman kepada Allah. Namun dalam dunia yang serba maju dan canggih ini, terdapat satu golongan yang menggelarkan diri mereka muslim telah mengabaikan kewajipan solat.
Saya selalu bertanya kepada pelajar-pelajar saya. Solat apa yang biasa ditinggalkan. Jawapannya ialah solat subuh. Kenapa? Mengapa? Susah sangatkah?......Jadi dalam ruang yang disediakan ini saya ingin mempelawa warga muslim untuk melontarkan idea agar permasalahan ini dapat kita tangani bersama.....

salam exam 2
Salamualaikum
Al hamdulillah markah exam semua telah dimasukkan ke pengkalan data. ramai juga yang cemerlang dan ramai juga sekadar cukup makan. Apa yang penting semuanya lulus. Semoga apa yang diajar, yang dinasihati dapat diamalkan. Markah itu bukanlah matlamat utama tapi apa yang diajar itu diingati oleh pelajar ana.
Exam sem julai 2009 bermula 19 Julai 2009. Semoga seluruh pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka demi kejayaan yang mereka harapkan. Ibu dan ayah menunggu di kampung dengan iringan doa dan harapan agar buah hati mereka berjaya.
Sebagai seorang pendidik dan seorang muslim, harapan yang menggunung agar semua pelajar muslim yang boleh solat agar menunaikan solat subuh di pagi peperiksaan. Amatlah dikhuatiri sekiranya terdapat pelajar yang menempah jalan untuk tidak menunaikan solat. Saya juga tidak memahami kenapa seorang muslim yang meninggalkan solat denagn selamba mengatakan, terlupa, payah bangun, susah, saje dan sebagainya.
Sebagai seorang yang bergelar muslim menjadi tanngungjawab kita mengetahui apabila nyawa diperbaharui Allah setipa pagi maka 5 sistem nilai yang perlu diketahui sebelum menggerakkan anggota tubuh badan dan melangkah setapak kehadapan. Sistem nilai tersebut ialah : nilai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sistem nilai ini amat penting untuk melahirkan insan berintegriti tinggi dengan nilai kualiti ehsan.
Nilai wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orang islam. Perbuatan yang diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya dan dibalas dosa apabila meninggalkannya. Contohnya ialah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, berbuat baik kepada ibubapa, dan apa sahaja yang diwajibkan Allah. Justeru imam Al Ghazali menyatakan ianya merupakan modal seseorang insan.
Nilai sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya sunat menjamu makan teamu, menolong orang dalam keadaan biasa, mengucap salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya. Imam Al Ghazali menyatakan didalam bukunya Al Bidayah Wa Nihayah bahawa nilai sunat ini merupakan keuntungan seorang muslim yang perlu dilakukan bagi mengecap untung dihadapan Allah.
Nilai harus ialah perlakuan yang setara nilaiannya, ianya tidak berdosa jika ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila melakukannya. Perkara yang dibolehkan dan termasuk dalam kategori harus ini sangat luas, kecuali jika bersangkutan dengan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat. Contohnya jenis makanan dan minuman selagi semuanya harus. Namun perkara yang harus sekiranya dimulakan dengan niat dan bismillah maka nilai amalnya akan bertambah kualiti.
Nilai makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan, malah dianjurkan supaya meninggalkannya. Sesiapa yang meninggalkannya adalalah dikira ibadah dan diberi pahala. Melakukannya tidak berdosa. Contohnya aialah seperti tidur pada waktu senja, memakan makanan berbau dan saf solat y7ang tidak rapat.
Nilai haram ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang. Perbuatan yang dibalas dosa kepada sesiapa yang melakukannya dan debri pahala apabila meninggalkannya. contohnya ialah seperti minum arak, mendedahkan aurat, berjudi, berzina, rasuah dan sebagainya.
Ayuh semua rebutlah peluang dengan bekalan yang banyak dan berkualiti sebelum izrael datang memanggil jasad terkubur dipembaringan. Semoga hidup kita hari ini disinari cahaya keimanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN Kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam pros...
-
Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. R...