Wednesday, May 20, 2009

salam exam 2

Salamualaikum

Al hamdulillah markah exam semua telah dimasukkan ke pengkalan data. ramai juga yang cemerlang dan ramai juga sekadar cukup makan. Apa yang penting semuanya lulus. Semoga apa yang diajar, yang dinasihati dapat diamalkan. Markah itu bukanlah matlamat utama tapi apa yang diajar itu diingati oleh pelajar ana.

Exam sem julai 2009 bermula 19 Julai 2009. Semoga seluruh pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka demi kejayaan yang mereka harapkan. Ibu dan ayah menunggu di kampung dengan iringan doa dan harapan agar buah hati mereka berjaya.

Sebagai seorang pendidik dan seorang muslim, harapan yang menggunung agar semua pelajar muslim yang boleh solat agar menunaikan solat subuh di pagi peperiksaan. Amatlah dikhuatiri sekiranya terdapat pelajar yang menempah jalan untuk tidak menunaikan solat. Saya juga tidak memahami kenapa seorang muslim yang meninggalkan solat denagn selamba mengatakan, terlupa, payah bangun, susah, saje dan sebagainya.

Sebagai seorang yang bergelar muslim menjadi tanngungjawab kita mengetahui apabila nyawa diperbaharui Allah setipa pagi maka 5 sistem nilai yang perlu diketahui sebelum menggerakkan anggota tubuh badan dan melangkah setapak kehadapan. Sistem nilai tersebut ialah : nilai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sistem nilai ini amat penting untuk melahirkan insan berintegriti tinggi dengan nilai kualiti ehsan.

Nilai wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orang islam. Perbuatan yang diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya dan dibalas dosa apabila meninggalkannya. Contohnya ialah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, berbuat baik kepada ibubapa, dan apa sahaja yang diwajibkan Allah. Justeru imam Al Ghazali menyatakan ianya merupakan modal seseorang insan.

Nilai sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya sunat menjamu makan teamu, menolong orang dalam keadaan biasa, mengucap salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya. Imam Al Ghazali menyatakan didalam bukunya Al Bidayah Wa Nihayah bahawa nilai sunat ini merupakan keuntungan seorang muslim yang perlu dilakukan bagi mengecap untung dihadapan Allah.

Nilai harus ialah perlakuan yang setara nilaiannya, ianya tidak berdosa jika ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila melakukannya. Perkara yang dibolehkan dan termasuk dalam kategori harus ini sangat luas, kecuali jika bersangkutan dengan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat. Contohnya jenis makanan dan minuman selagi semuanya harus. Namun perkara yang harus sekiranya dimulakan dengan niat dan bismillah maka nilai amalnya akan bertambah kualiti.

Nilai makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan, malah dianjurkan supaya meninggalkannya. Sesiapa yang meninggalkannya adalalah dikira ibadah dan diberi pahala. Melakukannya tidak berdosa. Contohnya aialah seperti tidur pada waktu senja, memakan makanan berbau dan saf solat y7ang tidak rapat.

Nilai haram ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang. Perbuatan yang dibalas dosa kepada sesiapa yang melakukannya dan debri pahala apabila meninggalkannya. contohnya ialah seperti minum arak, mendedahkan aurat, berjudi, berzina, rasuah dan sebagainya.

Ayuh semua rebutlah peluang dengan bekalan yang banyak dan berkualiti sebelum izrael datang memanggil jasad terkubur dipembaringan. Semoga hidup kita hari ini disinari cahaya keimanan.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat