Saturday, December 26, 2009

1 Malaysia, "Allah didahulukan, pencapaian Islam diutamakan"


IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Simpati terhadap kejadian yang menimpa, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan ingin memberikan beberapa cadangan agar kemalangan tidak diingini tidak berlaku lagi. Sebelum itu marilah kita sedekahkan pahala Al Fatihah kepada mangsa muslim yang terkorban.

Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan syarikat Bas dan pemandu 100%. Pertamanya sekiranya keluarga mangsa Islam penerimaan Qada dan Qadar Allah yang paling utama kerana semuanya ketentuan yang maha kuasa. Selepas itu barulah kita menyelidik punca kemalangan tersebut. Adakah ianya berpunca dari faktor jalanraya, faktor bas, faktor pemnadu dan sebagainya.

Saman syarikat Bas atau pemandu pada pandangan peribadi saya, setakat ini tidak memberi kesan bagi mengurangkan kemalangan kenderaan bas, sedang tidak pernah kedengaran kemalangan kapal terbang atau keretapi. Bukan tidak menyokong tindakan ahli keluarga mangsa. Pada pandangan saya itu bukanlah cara terbaik.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah mendengar 1 Malaysia rakyat didahulukan memohon pihak yang bertanggungjawab agar mendahulukan Islam dalam semua kerjabuat agar segala yang berlaku dapat diterima dengan baik seterusnya kemalangan ini tidak berlaku lagi.

Justeru dengan rasa rendah hati saya telah titipkan beberapa cadangan kepada syarikat Bas Ekspres dan penumpang agar mengamalkannya demi memastikan rakyat Malaysia tidak lagi terkorban.


1. Pemandu mesti memulakan pemanduan dengan bacaan Al fatihah dan doa musafir @ sekurang-kurangnya bacaan Surah Al Fatihah bersama penumpang, ini telah dipraktikkan oleh Syarikat Mara Liner.

2. Minta semua penumpang muslim yang belum menunaikan solat fardhu, agar menunaikan solat fardhu@solat jama’@solat Qasar di R&R.

3. Pasang vcd al quran apabila memulakan perjalanan dan vcd yang tidak mencolok mata.

4. Pemandu memahami solat jamak dan qasar. Syarikat Bas Ekpres wajib mengadakan bengkel solat kepada semua pemandu muslim.

5. Pemandu mengamalkan zikir yang mathur (sekadar cadangan zikir mathurat : yang kecil berharga RM 1.50)

6. Pemantauan terhadap pasangan individu yang belum berkahwin perlu kerana terdapat pasangan yang berkelakuan tidak senonoh.

7. Amalan tegur menegur hendaklah diamalkan apabila menaiki kenderaan awam.

8. Pihak syarikat mesti membebaskan pemandu dari gejala dadah dan arak.

9. Syarikat Bas Ekspres melantik pegawai hal ehwal islam untuk menyelaraskan aktiviti amal islami.

10. Syarikat Bas Ekspres melakukan pemeriksaan terhadap pemandu dengan membayar anggota polis@jpj@sesiapa sahaja yang dipercayai untuk melihat situasi didalam bas.

1 comment:

  1. SALAM, ustaz..
    Program NCER kat PTSS, Program 3P, Kursus2 dalaman, Sukan d waktu cuti ni..
    perhatikan aturcara program...

    selalunya pelaksana program , waktu solat tak ditekankan utk berjemaah/wirid/pengisian rohani..pandai2 la bebudak tu bila dan dimana nak sembahyang..
    MSK je yg ok kot..
    MSK je yg ok kot..

    ReplyDelete

Jom Selawat