Saturday, June 26, 2010

KISAH LUCU: IKTIBAR YANG MENGINSAFKAN




Ambillah sebagai pengajaran .Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya.Apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.


*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke Tabong Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan tv.

*Lucu ya, betapa lamanya 2jam berada di dalam majlis usrah , tamrin atau liqa’ fikri, tapi betapa cepatnya 2jam berlalu waktu menonton TV di rumah.

*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu Munajat atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

*Lucu ya, sebagai seorang pejuang , susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan , surat khabar nyamuk dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu , mesyuarat dan program jamaah supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton , annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.

*Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebar gossip atau khabar angin.

*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

*Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.

*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering mesti berfikir dua kali.
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya bagi meraka kurnia yang besar dari Allah".

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat