Tuesday, January 11, 2011

SALAM 2011




Salamualaikum warahmatullah.

Masih belum terlambat dirasakan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun baru yang telah 11 hari menjelma menjanjikan suatu yang terbaik buat diri kita semua.

Sempena tahun 2011 dan tahun baharu 1432H saya menyeru diri saya dan seluruh umat sekalian marilah kita kembali semula mengahyati konsep perhambaan kita kepada Allah dan konsep khalifah Allah di mukabumi yang fana ini.

Ramai yang masih lalai dan lupa bahawa kita merupakan hamba Allah yang tidak ada apa-apa. Walau Allah memberikan sedikit kebebasan namun ianya bukan mutlak dan akan ditanya olehNya. Perlu jawapan yang konkrit. Kita tidak bisa lari dari tanggungjawab sebagai hamba yang wajib dan mesti taat kepada walau dalam keadaan apa pun. Kita mesti siap sedia menerima segalanya dariNya. Hayati semua konsep Rukun Iman dan Rukun Islam agar konsep perhambaan direlisasikan dalam hidup kita.

Kita sebagai khalifah Allah yang diberikan amanah dan tanggungjawab juga dibebankan dengan kewajipan-kewajipan. Syeikh Hassan Al Al Banna pernah menyatakan : Kewajipan itu lebih banyak dari waktu. Khalifah bukan suatu jawatan. namun ianya sebagai amanah daripada Allah kepada ummah.

Khalifah Allah mestilah seorang yang baik. kenapa perlu baik sebab dia akan membawa manhaj Allah untuk diterjemahkan di alam fana' ini. Khalifah Allah juga mestilah menjadikan mereka yang bersamanya juga baik agar sama-sama bergandingan memakmurkan bumi Allah. Manusia sifatnya ialah merosakkan bumi dan menumpahkan darah telah dirakam dalam Surah Al Baqarah. Khalifah Allah juga perlu membentuk suasana yang baik. Suasana yang baik akan menyebabkan manusia merasa tenang dan bahagia walaupun ianya tidak kekal.

Justeru saudara dan saudarikan sekalian, ayuh realisasikan matlamat hamba Allah terbaik dan khalifah Allah terpilih dalam dirimu. Mulakan dengan dirimu nescaya tegaknya Islam dimuka bumi ini. Salam perjuangan dari saya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat