Saturday, December 17, 2011

UBAT HATI


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam
dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Pengajaran :

1) Bacalah Al Quran kerana ianya merupakan penawar dan ubat yang telah Allah turunkan kepada orang-orang yang beriman.

2) Banyakkan berpuasa kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah.

3) Amalkan petua Rasulullah : Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

4) Dirikan malam dengan Qiamullail walaupun dengan solat tahajud 2 rakkat kerana ianya merupakan sunnah nabi dan antivirus bagi mereka yang berjihad di jalan Allah.

5) Hadirkan diri didalam majlis ilmu di masjid dan sentiasa menziarahi orang yang soleh agar boleh mengambil contoh kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat