Soalan
Apakah makna nikah gantung? Adakah ia tercatat dalam Islam? Bolehkah mereka duduk serumah?
Jawaban
Nikah
gantung ialah satu keadaan yanag mana sepasang lelaki dan perempuan
dinikahkan mengikut segala syarat-syarat nikah dalam Islam tetapi
ditangguhkan tinggal bersama sehingga hari persandingan.
Nikah
gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan
perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah
ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul
tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.
Biasanya
isu nikah gantung timbul kerana permintaan orang tua salah satu pihak
atau keduanya atas sebab tertentu. Samada pasangan berkenaan mahu
memenuhi permintaan ‘elak’ dari tinggal bersama dan ‘berhubungan’
tertakluk kepada budi bicara dan keredaan masing-masing.
Sukalah
diingatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak
menyukai amalan-amalan yang menyukarkan lelaki dan perempuan untuk
bernikah dan hidup sebagai suami isteri yang halal seperti meninggikan
mahar atau wang hantaran. Apatah lagi jika amalan sedemikian tidak
mempunyai maslahat yang diakui oleh syara’.
Wallahu A`alam.
No comments:
Post a Comment