Tuesday, January 29, 2013

Kenali Kacang Pistachio


KACANG PISTACHIO (Pistacia vera) atau dipanggil sebagai 'Pistachio Nuts' adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kacang Pistachio yang siap diproses dan dijual didalam paket harganya agak mahal untuk kita di Malaysia membelinya berbanding dengan jenis-jenis kacang lain yang dijual di pasaran. Banyak persoalan yang terfikir mengenai kacang pistachio semasa saya ronda-ronda di Hypermarket MYDIN dimana ada banyak kacang pistachio ini dijual.

Mengapa harga kacang pistachio mahal?. Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman kacang pistachio?.

Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman kacang pistachio?. Apa yang saya pasti adalah kacang ini memang sangat sedap dimakan dengan rasa lemak dan masin dimana semua gulungan daripada kanak-kanak sehingga dewasa didapati amat menggemarinya.

Asal usul kacang pistachio ini sebenarnya dari kawasan Iran dan juga Iraq dimana ianya ditanam semanjak zaman dulukala di Taman Tergantung Babylon sebagai tanaman eksotik. Pengeluaran kacang pistachio ini sebanyak 945,000 metrik tan setahun dengan negara Iran merupakan pengeluar utama kacang ini sebanyak 450,000 mt setahun (hampir separuh bekalan dunia). Negara lain yang ada menanam dan menghasilkan kacang pistachio adalah USA (236,000 mt/tahun) dan Turki (128,888 mt/tahun). Negara lain adalah seperti Syria, China, Itali, Greece dan Afghanistan yang mengeluarkan kurang dari 50,000 mt/tahun. Bagaimana pun produktiviti pengeluaran kacang pistachio tertinggi di USA terutama dikawasan California dengan kadar 4.2 mt/ha berbanding dengan produktiviti di Iran cuma 1.2 mt/ha sahaja. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang pistachio untuk menambahkn lagi ilmu pengetahuan anda semua yang membaca blog saya.

Pokok Pistachio merupakan pokok saka yang mempunyai batang, dahan , ranting dan akar dalam (Lihat foto sebelah). Ia perlukan kawasan panas dan sejuk dimana suhu -10 celcius sehingga musim panas. Pokok pistachio tahan pada tanah yang agak masin (high salinity) walau pun kandungan aie mengandungi garam 3,000 -4,000 ppm. Keadaan suhu sejuk dengan kelembapan tingi bagaimana pun boleh menyebabkan masaalah serangan reput akar. Rakan saya yang berpeluang melawat Iran tahun lepas ada menceritakan bagaimana pokok kacang pistachio ditanam dikawasan berbukit dibahagian utara Iran dengan banyaknya walau pun diuruskan secara konvensional. Itulah sebabnya kadar produktiviti agak rendah di Iran berbanding dengan kaedah pengurusan penanaman kacang pistachio di USA yang moden dengan produktiviti sehingga 4 kali ganda.

Tanaman ini boleh mencecah ketinggian sehingga 10 meter (30 kaki) jika tidak dijalankan program cantasan. Daunnya adalah berbentuk pinnate dengan kedudukan bertentangan antara daun dan berwarna hijau. Saiz dun diantara 8 - 10 cm panjang dengan lebar daun 3 - 5 cm. Bunga kacang pistachio keluar selepas musim sejuk atau pun musim bunga dimana daun-daun pokok masih gugur dan di USA jika dilihat musim bunga akan kelihatan pokok ada bunga sahaja. Bunga berwarna putih dengan 5-6 kelopak dan kembang untuk menjalankan pendebungaan (Lihat foto bunga disebelah). Bunga dan buah terbit dari satu jambak dengan banyak buah yang dipanggil sebagai 'drupe'. Buah yang masak mempunyai lapisan kulit luar berwarna putih krim yang sangat keras dan isinya dibahagian dalam merupakan bahagian yang dimakan mempunyai pelbagi warna (lazimnya hijau), saiz dan bentuk mengikut varieti. Kebanyakan bentuk buah kacang pistachio adalah mempunyai bentuk bulat lonjong dengan bahagian hujung tang tirus tajam.

Pokok yang berumur 8 - 10 tahun mula mengeluarkan hasil dengan kaedah menuai menggunakan tangan memetik buah kacang ini. Di negara maju seperti USA penggunaan alat jentera menuai kacang pistachio telah digunakan di California dimana alat tersebut (Lihat foto sebelah) mampu mengegarkan pokok dan biji kacang pistachio akan gugur seterusnya dikutip dalam sistem 'belting conveyor'. Hasil kacang ini dikumpulkan dan diproses untuk dijadikan pelbagai produk berasaskan kepada kacang pistachio. Kajian menunjukkan satu pokok matang pistachio mampu menghasilkan sehingga 50 kg sepokok setahun. Kacang pistachio yang dituai ini akan di jemur dibawah sinaran matahari atau menggunakan alat pengering khas menggunakan eletrik. Seterusnya pistachio akan dimasak (roasted) dan diberikan perasa garam masin sebelum dibuat pembungkusan. Kacang pistachio dipasarkan keseluruh dunia dengan bungkusan kedap udara untuk ketahanan dan kualiti yang tahan lama.
Wasallam!

KACANG PISTACHIO...SEDAP RASANYA...
DI IRAN LUAS ... USA PULA EKSPOTNYA...
KULITNYA KERAS... AGAK HIJAU ISINYA..
HARGANYA MAHAL... RAMAI SUKAINYA...

By,
M Anem
Percint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 Safar 1434H)

Kuliah maghrib ustaz hasminuddin


 Tarikh : 30/01/2013 (Rabu)
Tempat : Masjid Kubang Gajah Kangar Perlis.
Kitab : Sirah Nabawiyyah Karangan Shiekh Sofiyur Rahman

Muslimin Dan Muslimat dijemput hadir.

Cinta Nabi, Saranan al-Quran Yang Ditinggalkan

bdul Muizz bin Muhammad , 29 Jan 2013
Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari kaedah yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah SAW. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.

Manhaj Al-Quran

Dalam surah Ali Imran, Allah Taala telah menyatakan ciri-ciri golongan yang layak bersama dengan Rasulullah SAW;

“Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertakwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar.” (Surah Ali Imran: ayat 146)

Secara jelas Allah menyatakan sifat utama pencinta Nabi SAW seperti berikut :

i. Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah daripada kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi SAW berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati. Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi SAW sebagaimana ikrar para sahabat "Pergilah Engkau SAW bersama Tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami bersama-sama denganmu turun berjuang."

ii. Mereka mestilah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu ‘Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam’.

iii. Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi SAW tidak sudi mengaku sebagai umatnya (maksudnya), “Apabila kamu melihat umatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim “Wahai Si Zalim”. Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka” HR Tabarani.

iv. Bahkan di dalam Ayat 142 sebelumnya, Allah SWT mencabar pendukung-pendukung agama Nabi SAW agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat daripada Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi SAW mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?” (Surah Ali Imran: ayat 142)

“Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).” (Surah Ali Imran: ayat 143)

v. Golongan pencinta Nabi SAW mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerah kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan  mereka kepada ideologi lain selain Islam.

Cinta Nabi SAW Gaya Sahabat

Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi SAW. Hal ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh daripada air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu daripada Baginda SAW.

Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad SAW, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Syam bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah SAW.

Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi SAW. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi SAW. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya  misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi SAW.

Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah SAW sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya, “Demi Allah, aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua...” al-Bukhari

Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW.

Muhasabah

Berdasarkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 142 hingga 146, kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana kita. Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang kempen Cinta Nabi SAW, adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut :

i. Syurga tidak diperoleh semata-mata dengan memuja memuji Nabi SAW sahaja. Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
ii. Umat Nabi SAW mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi SAW. Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda SAW supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
iii. Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi SAW, kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda SAW sedangkan tugas-tugas Baginda SAW kita tinggalkan. Lihat di dalam al-Quran, Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi SAW setelah kewafatannya. Begitu juga Bilal, bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad. Ingat, umat Islam sifatnya membina dan maju. Bukan statik dan mandom.

Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya, maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian Allah SWT dalam menyintai Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana? Cinta adalah tanggungjawab.

http://tarbawi.my

Wednesday, January 9, 2013

Dua pemimpin dunia yang menghafal Al-Quran



http://www.halimislam.com, 10 Jan 2013
Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Al-Quran.

Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.
Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.

Kalimah Allah! Milik seluruh umat manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)


Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.


Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..

Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Tuesday, January 8, 2013

Pekerja mukmin 1

1) Mulakan hari dengan bangun awal
2) Berdoa bangun dari tidur
3) Berwudhuk
4) Solat tahajud 2 rakaat
5) Solat subuh (kalau boleh berjemaah)
6) Berdoa selepas solat agar dipermudahkan urusan.
7) Sarapan pagi (kalau boleh madu, atau tamar)
8) Keluar rumah dengan bacaan : Bismillah dan hasbiyallah wanikmal wakil.

Kuliah maghrib ustaz hasminuddin

 Tarikh : 09/01/2013 (Rabu)
Tempat : Masjid Kubang Gajah Kangar Perlis.
Kitab : Sirah Nabawiyyah Karangan Shiekh Sofiyur Rahman

Muslimin Dan Muslimat dijemput hadir.

Thursday, January 3, 2013

40 nasihat Hasan Albanna untuk aktivis Islam





1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari satu juz. Usahakan mengkhatamkan al-Quran dalam masa tidak lebih daripada sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Hendaklah engkau membaca al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti dan memikirkan ertinya.

3. Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf. Banyak membaca hadis Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya hafal 40 hadis dalam al-Arba'in An-Nawawiyah dan juga mengkaji asas-asas akidah dan fiqh.

4. Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala atau berubat, begitu penyakit terasa mengenaimu. Di samping itu perhatikan faktor-faktor penyebab kekuatan dan perlindungan tubuh serta hindarilah faktor-faktor penyebab lemahnya kesihatan.

5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam mengambil kopi, teh, dan minuman perangsang yang lain. Elakkan sama sekali merokok.

6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan dalam segala hal sama ada tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman, badan dan tempat kerja kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.

7.Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.

8.Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun yang engkau hadapi.

9.Hendaklah engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan dalam menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri sendiri dan dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.

10. Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah keseriusan itu menghalangimu daripada bercanda, senyum dan tawa.

11. Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang sensitif dan peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga bersikap rendah diri dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid dan tidak terlalu berlunak hati.

12. Hendaklah engkau bersikap adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada setiap situasi. Jangan kemarahan melalaikanmu daripada berbuat kebaikan, jangan permusuhan membuatmu lupa daripada pengakuan jasa baik. Berkata benar meskipun itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.

13. Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti-aktiviti sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti kepada orang lain, gemar melawat orang sakit, membantu yang memerlukan, menanggung orang yang lemah dan meringankan derita orang yang terkena musibah.

14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, bertolak ansur, pemaaf, lemah lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku baik dalam berhubungan dengan semua orang, menjaga etika sosial Islam, menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar, memberi tempat kepada yang lain dalam majlis, tidak memata-matai, tidak mengumpat, meminta izin jika masuk mahupun keluar rumah dan lain-lain.

15. Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca akhbar, majalah atau tulisan lain. Bangunkan perpustakaan khusus, seberapapun ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan bagi pemahaman terhadap tuntutan fikrah.

16. Hendaklah engkau mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan cukupkanlah dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.

17. Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah dia sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika diberi peluang untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika benar-benar bertentangan dengan tugas dakwahmu.

18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.

19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.

20. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada judi dengan segala jenis apapun maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun keuntungan besar yang ada di baliknya.

21. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada riba dalam setiap aktiviti mu dan sucikan sama sekali daripada riba.

22. Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan mendorong berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam. Engkau pun hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke tangan orang non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan berpakaian kecuali produk negeri Islammu sendiri.

23. Hendaklah engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian daripada hartamu itu bagi orang yang meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.

24. Hendaklah engkau menyimpan sebahagian daripada penghasilanmu untuk persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali menyusahkan dirimu untuk mengejar kesempurnaan.

25. Hendaklah engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing dalam setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.

26. Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami, demikian juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi, sekolah-sekolah dan segenap institusi yang tidak menyokong fikrahmu secara total.

27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan bersiap-siap untuk menuju redha Allah dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan lisan), dan berusaha mengamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.

28. Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam keadaan berwuduk (suci) pada sebahagian besar waktu anda.

29. Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu dalam menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.

30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang juga jika kamu telah mampu.

31. Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid. Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.

32. Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu. Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah untuk dirimu beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa yang telah dilakukan, yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa, kerana masa adalah kehidupan itu sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia sedikitpun tanpa guna dan janganlah engkau ceroboh terhadap hal-hal yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah yang haram.

33. Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan bersungguh-sungguh agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan. Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu, menekan emosimu, dan mengawal jiwamu. Gapailah hanya yang halal dan baik serta hijabilah dari yang haram dalam keadaan bagaimanapun.

34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang memabukkan sejauh-jauhnya.

35. Hendaklah engkau menjauh daripada pergaulan dengan orang jahat dan persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat maksiat.

36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak sepatutnya, jangan sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup mewah dan bersantai-santai.

37. Hendaklah engkau mengetahui teman pergaulanmu satu persatu dengan pengetahuan yang lengkap dan kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan selengkap-lengkapnya. Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak kasih sayang, penghargaan, pertolongan dan itsar. Hendaklah hadir di majlis mereka, tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.

38. Hendaklah engkau elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah  sekiranya hubungan itu tidak membawa maslahat bagi fikrahmu.

39. Hendaklah engkau menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat kepada pemimpin tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat sesuatu yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.

40. Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai "tentera yang berada diberek yang sedang menanti arahan komander".

http://detikislam.blogspot.com/

Jom Selawat