Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud
bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah
menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia
dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang
di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan
mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi
umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena
dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW
iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa-peristiwa penting Bulan Reaaajab
Hijrah
Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin
Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah
SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW
pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu
kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung
lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah
ke negeri Habsyah.
1.Hijrah
Pertama
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan
tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka
yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu.
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah
SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah
SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri
Habsyah.
Tujuan
hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan
diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam
bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina
Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW.
Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita.
Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan
toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan
dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat
ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan
solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam
menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian
ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama
mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan
29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab
dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal
selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh
Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan
pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak
ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab,
sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun
berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama,
ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari
Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya
berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya
berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif,
sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah
Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula
berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun
seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah
mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa
berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada
lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah
dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah,
Pusat Zakat N. Sembilan)
3.
Perang Tabuk
Tabuk
adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di
Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan
30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran
kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut
dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4.
Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar
Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian
dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah,
umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan
demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya
dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500
tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib
telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum
dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin
Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul
Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat,
27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H
umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.
Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama
sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau
lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan
767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah
seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia
Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya
dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab
al-Umm.
No comments:
Post a Comment