Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam
dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana
pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke
peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan
menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan
dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu
Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants),
ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama
20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan
generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5.
Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di
“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah
setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam
bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar
adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7.
Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang
gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian
bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam
tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan
status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika
anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap
orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan
tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10.
Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu
tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan
gemar kepada ketepatan saat dan minit.
SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH SALAM SEJAHTERA,AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM KE LAMAN BLOG AL FAQIR ILA AFWILLAH.SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA SIRU 'ALA BARAKATILLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN Kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam pros...
-
Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. R...
No comments:
Post a Comment