Sunday, June 7, 2009

CUTI SEKOLAH

Al hamdulillah, berlalu seminggu cuti sekolah. suatu nikmat yang diberikan kepada warga pelajar sama ada yang berada di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah menengah tinggi.

Namun adakah cuti yang telah berlalu seminggu telah diambil berat oleh ibu bapa sebagai pengemudi keluarga melihat pembinaan akhlak anak-anak agar pendidikan islam dapat direalisasikan bagi menjamin pembentukan usrah solehah. Rasulullah telah menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : anak-anak itu dilahirkan bersih, maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani. Ini suatu perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa agar tidak mementingkan pendidikan dunia sahaja tetapi menyeimbangkan antara pendidikan dunia dan pendidikan akhirat.

Bersama ini saya cadangkan jadual program cuti sekolah :

5.45 pagi : bangun pagi

6.00 pagi : solat subuh berjemaah

6.30 pagi : riadah

7.00 pagi : sarapan pagi

7.30 : mandi

8.00 pagi : ulangkaji pelajaran

10.00 pagi : solat dhuha

10.30 pagi : ulangkaji

12.00 tgh : rehat/tidur

1.15 tgh : mkn tengahari

1.30 tgh : solat zohor dan bacaan al Quran

2.00 petang : menonton tv

4.00 petang : rehat

4.45 pratang : solat asar dan bacaan al quran

5.00 petang : riadah

6.15 : rehat

7.00 : siap untuk solat maghrib

7.30 mlm : solat maghrib

7.45 mlm : bacaan yasin, bacaan al quran

8.45 : solat isyak

9.00 : ulangkaji pelajaran

10.00 : sembang-sembang

11.00 : tidur

selamat menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat


No comments:

Post a Comment

Jom Selawat