Tuesday, June 2, 2009

Pergaulan manusia dengan orang lain

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah : dan seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulan dengan orang lain terbahagi kepada 3 darjat :

Pertama : Laksana malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada orang lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat mengembirakan hati mereka.

Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya dan menurut segala perintah Allah tanpa soal dan jawab tanpa rasa jemu. Lihaylah saidina jibril yang merupkan pembawa wahyu Rasululullah sentiasa bertugas membawa wahyu sehingga kewafatan Rasul. Begitu juga dengan malaikat Raqib dan Atid yang tidak jemu menulis amakan manusia setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun

Sebagai manusia memanglah tidak layak sekiranya kita ingin mencapai taraf malaikat tetapi perlu diingat Allah telah mengatakan Sesungguhnya kami telah muliakan anak Adam (manusia). Sesungguhnya telah kami ciptkan manusia itu sebaik-baik kejadian. Maksudnya dalam dunia yang penuh mehnah dan tribulasi ini sekiranya kita melihat sejarah perlantikan nabi dan rasul semuanya datang dari seorang insan.

Insan diberikan kelebihan akal oleh Allah yang boleh memikirkan yang mana baik dan yang mana tidak baik. Namun ianya terbatas sekiranya ada suruhan dan tegahan dari Allah maka insan tidak boleh menggunakan akalnya yang cetek itu untuk meninggalkan suruhan dan tegahan Allah walau dia mempunyai ijazah PHD sekalipun.

Justeru tidak salah sekiranya kita sentiasa menunaikan hajat orang lain dan melakukan perkara yang menggembirakan mereka maka kita akan sentiasa diingati manusia dan disayangi. Namun yang penting ialah kita akan disayangi oleh Allah

Kedua : Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.

Ketiga : Laksana kala jengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat