Saturday, August 29, 2009

Hotel Al Zahraa HPA

9 Ramadhan adalah tarikh yang Alllah takdirkan. Jam 10.30 pagi ana dan zaujah akan berstatus musafir. Perjalanan menuju ke Sungai Petani mencari destinasi ramdhan…lebih kurang pukul 12 .30 tengahari sampilah ke sungai petani. Hotel Al Zahraa’ menjadi destinasi penginapan, lama dah nak menikmati sebuah hotel bertaraf Islam. Sampai di kaunter kami mendaftar sebagai tetamu, ambil bilik biasa pakej RM 100.00, RM 150.00 diminta termasuk deposit. Kunci bilik 302 diberikan. Kami menuju ke bilik. Tinggi jugak. Maklumlah 302. Sampai dibilik sungguh kagum melihat fasiliti, ada Al Quran, kain pelikat, telekung,.

Selepas zohor, ana pergi ke destinasi seterusnya iaitu kedai buku Hasani, banyak juga buku baru yang keluar antaranya : Indahnya Hidup bersyariat, Denganmu aku hidup Asmaaul Husna, kamus baru bahasa arab, bahasa melayu, bahasa Inggeris, Al Matien (cara belajar Al quran) dan banyak lagi kalau nak tahu silalah ziarah ke sana, zaujah ana biasalah beli buku untuk prasekolah maklumlah nak didik anak bangsa kenal ABC…..Ana hanya beli kamus bahasa arab melayu inggeris (terbitan oxford : 5) dan majalah solusi (Tajuk bagus edisi 5 : mengurus nyawa).

Bazar Ramadhan berdekatan petronas Sungai Petani menjadi destinasi seterusnya. Beli nasi kerabu, kuih buah melaka, tepung talam, kasui, Tiba waktu berbuka, sebelum itu, ana sms sahabat ana (Ustaz Akmal) sekiranya dah masuk waktu berbuka minta dismskan kerana ana fikir mungkin pihak hotel tidak bagitahu apa-apa mengenai berbuka. Sangkaan ana meleset, tiba-tiba suara azan mekah berkumandang tanda waktu berbuka puasa. Al hamdulillah, itu kelebihan lagi hotel hpa,

Waktu Isyak masuk, suara azan Mekah sekali lagi berkumandang. Al hamdulillah penginap hotel Al zahraa ni tak pernah dilalaikan sebab sentiasa diingatkan agar ingat pada Allah. 8.45 malam ana diambil oleh sahabat ana ustaz akmal untuk menunaikan solat tarwih di masjid al muttaqin taman ria. Al hamdulillah imam hafiz dan masjid adakan solat tarwih 20 rakaat, Ana solat hanya 8 rakaat sahaja. Selepas itu sembang-sembang dengan sahabat ana sambil minum barli dan roti bakar.

Jam 4.45 pagi telefon berbunyi menggerakkan sahur. Al hamdulillah sekali lagi. Sahur pun digerakkan. Jadi apa yang ditunggu cubalah menginap di hotel HPA milik ushawan muslim Hj Ismail.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat