Friday, October 29, 2010

Salam Peperiksaan akhir smester 2010





Semalam ana terima sms dari seorang pelajar yang mohon doa agar berjaya dalam peperiksaan semester Jun 2010. Biasalah bila dah hujung semester banyak sms diterima mohon doa agar berjaya. Baguslah paling kurang masih lagi ingat kepada pensyarah agar berdoa kerana salah satu doa yang mudah diterima Allah, ialah doa guru.

Namun sebagai seorang insan saya juga ingin menyeru kepada semua pelajar....marilah kita kembali kepada kaedah asal ketaatan kepada Allah yang perlu diutamakan sebelum mentaati yang lain. Ketaatan kepada Allah akan menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. dalam surah Al Mukminun ayat 1 Allah telah menyatakan yang bermaksud : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Dalam ayat di atas Allah menyatakan yang berjaya ialah yang beriman. Iman bukan setakat lidah namun perlu disertakan dengan tindakan dan dengan hati, disamping melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi tegahannya. Justeru ulama telah membahagikan iman kepada beberapa tahap :

iaitu pertama : iman taqlid (iman ikut-ikut). Iman ini berdasarkan ikutan tanpa berpaksikan dan bersumberkan ilmu pengetahuan. Iman ini paling bahaya.

kedua : Iman ilmu : Iman tahap ini ialah iman yang disertakan dengan ilmu yang depelajari atau melalui pembacaan. Iman ini boleh turun naik berdasarkan pemahaman ilmu.

ketiga : Iman Ayan : Iman seorang yang beramal selepas mempelajari ilmu.

keempat : Iman hak, iaitu iman yang lahir dari hati yang ikhlas yang selamat dari gangguan syaitan.

kelima : Iman hakikat : Peringkat ini ialah iman para nabi yang dipilih Allah.


Dalm ayat ke 2-9 Allah meletakkan sifat-sifat orang-orang beriman yang berjaya ialah :

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;


Natijahnya dalam ayat 10-11 Allah menyatakan :

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Justeru ana menyeru kepada semua marilah kita menjadikan ayat 1-11 surah al mukminun sebagai penyuntik semangat untuk berjaya di dunia dan akhirat. Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester jun 2010.

Amalkan 3 J :

Jangan tinggal solat
Jauhi maksiat
Jaga aurat

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat