Al hamdulillah hari ini Allah telah memanjangkan umur kita untuk berada di bulan Rejab, Semoga kehidupan kita pada hari ini dipandu Allah SWT dalam mencapai cita menjadi hamba yang diredhai Allah dan menjadi calon penghuni syurga yang akan kekal selamanya.
Bercakap mengenai bulan rejab ini, tentu kita masih ingat dengan ayat Al Quran dipermulaan surak Al israk, dimana Rabbbul Izati telah merakamkan firmannya yang bermaksud :
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Ayat ini diturunkan bagi menggambarkan kesucian Allah yang maha kuasa yang maha bersih dari segala kekotoran dan kelemahan, menggambarkan sifat kehambaan seorang insan walaupun seorang nabi namun tetap baginda seorang insan biasa.
Disebut juga Allah memperjalan Rasulullah dari Mekah ke Masjidil Aqsa yang keduanya merupakan kota suci umat islam yang dijaga Allah. Namun masjidil Aqsa hari telah dicemari dengan kekotoran yang dialkukan oleh rejim zionis yang perlu ada tindakan realistik umat islam. Dalam suatu masa untuk memperlihatkan kepada nabi Muhammad tanda-tanda kebesaran dan kekusaan Alah yang tiada tolok bandingnya.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah telah memberikan kurnia yang amat bernilai kepada Rasulullah, iaitu anugerah solat. Pada mulanya Allah memberikan 50 waktu, kemudian atas nasihat nabi Musa Allah mengurangkan sehingga 5 waktu sehari semalam yang nilaiannya sama dengan 50 waktu. Itu pun nabi Musa menyatakan yang unmatnya tidak mampu.
Justeru sempena bulan Rejab ini , selaku insan yang mengaku dirinya umat Islam, marilah kita menjadikan ianya bulan untuk kita memuhasabah solat kita, memperbaiki solat kita, memperbaiki cara berwudhuk, menjadikan solat kita yang terbaik agar solat kita diterima Allah. Siru Ala barakatillah.

No comments:
Post a Comment