Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.
Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).
ULASAN :
Firman Allah yang bermaksud : Telah nyata kerosakan di darat dan lautan kerana perbuatan tangan manusia.
Firman Allah di atas menjadi suatu iktibar bahawa kejadian buruk di bumi ini walaupun realitinya datang dari Allah namun ianya disebabkan kesilapan, kecuaian manusia. Ini suatu fakta yang tidak boleh ditolak kerana ianya datang dari yang maha pencipta.
Sekiranya SPRM belum mengetahui siapa pelakunya namun Rabbul Jalil yang maha mengetahui yang membekalkan manusia dengan 2 malaikat telah tahu siapa pelakunya.
Justeru sebelum persidangan mahkamah Allah berjalan di hari perhitungan maka dipohon kepada yang melakukan kesalahan bertaubat kepada Allah dan bertanggungjawab terhadap kecuaian. Manusia tidak sehebat Allah untuk menyiasat, namun kesempurnaan ilmu Allah akan membuat insan tersungkur dihadapannya. Mengakulah wahai insan kerana sehebat mana peguam tidak akan dapat berhujah dengan Allah kerana mulut peguam itu akan ditutup. Ayuh gentlemenlah yang mereka yang membuat salah.
No comments:
Post a Comment