Thursday, February 21, 2013

Khalid Al-Walid Minum Racun


Oleh: kamal_hasan

"Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong. Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan kerana arahan khalifah.

Beliau mendambakan mati syahid tetapi akhirnya beliau menemui Allah di atas katil. Semua ini ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui tempat dan waktu ajal kita.

Pernah suatu ketika, Khalid bin Al-Walid memerintahkan tenteranya mengepung benteng-benteng ini. Namun begitu, terdapat juga anggota tenteranya yang tidak sabar mahu menyerbu masuk bagi menamatkan pengepungan itu. Bagi mereka, penantian itu suatu penyeksaan.

"Tentera kita sudah berpengalaman menembusi benteng seperti ini. Mereka hanya menunggu perintah daripada panglima bagi membuat serbuan," kata Yazid.

"Mereka yang berlindung di sebalik benteng itu kebanyakannya terdiri daripada wanita yang suaminya dibunuh dalam peperangan dan kanak-kanak yang kehilangan bapa. Tentera yang mempertahankan benteng itu kurang hebat kerana pahlawan yang terbaik sudah kita bunuh," jelas Khalid bin Al-Walid.

"Cukup sekadar serang dari luar sahaja. Saya yakin tidak lama lagi mereka pasti kalah," sambung Khalid lagi.

Beliau mahu tentera Islam sabar. Kejayaan pasti menjadi milik mereka, cuma kesabaran itu perlu disemai supaya tidak berlaku pertumpahan darah yang banyak, terutama sekali di kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak patut diperangi tetapi perlu dibantu.

Tentera Islam mematuhi arahan itu. Mereka menghujani benteng itu dengan anak panah, api dan batu yang dilontar dengan menggunakan pelantik. Ramai musuh yang terbunuh dan cedera akibat serangan itu. Ada juga sebahagian benteng yang mula pecah akibat hentaman batu yang dilemparkan oleh tentera Islam.

"Musuh yang mempertahankan benteng Benbaqilla mengibarkan bendera putih. Mereka mahu menyerah kalah," kata Muthana bin Harith kepada Khalid bin al-Walid.

"Suruh mereka buka pintu bentang dan berjalan keluar tanpa memegang senjata. Pastikan itu bukan muslihat peperangan," Khalid bin Al-Walid mengingatkan Muthana.

Dalam peperangan apa asahaja boleh berlaku. Mereka perlu bijak dan berwaspada selalu. Tidak lama kemudian, pintu benteng itu dibuka. Mereka yang berkubu di salamnya keluar sambil mengibarkan bendera putih dan mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Khalid menyuruh ketua mereka datang menghadap.

"Siapa nama saudara?" tanya Khalid. dia bertanya dengan penuh hormat walaupun dalam ketegasan.

"Nama saya Amru al-Masih, tetapi kaum saya memanggil dengan nama Ibnu Baqilah," jawabnya.

"Berapa tahun umur saudara?" tanya Khalid al-Walid lagi.

Dia tidak faham kenapa insan tua seperti itu boleh terlibat dalam perang. Jawatannya sebagai ketua mendatangkan pertanyaan di mindanya dan menimbulkan rasa hairan di hatinya. Matanya masih tertancap pada insan yang sedang berdiri di hadapannya.

"100 tahun," jawab Ibnu Baqillah.

Khalid tersentak sedikit tetapi dia pandai menyembunyikan rasa terkejutnya.

"Mengapa saudara dilantik menjadi ketua dalam umur begini?" Akhirnya terkeluar juga persoalan yang berlegar-legar di mindanya.

Ibnu Baqillah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu pasti terbit dari bibir pahlawan yang digeruni ramai itu.

"Ini kerana saya lebih bijak daripada kaum saya,' jawabnya tanpa ada perasaan megah. Dalam hatinya, dia baru sahaja berniat mahu berdamai dengan tentera Islam.

"Mengapa saudara membuat benteng?" tanya Khalid.

"Saya mengurung orang bodoh supaya dibuka oleh mereka yang cerdik," Khalid tersenyum mendengar jawapan itu.

"Adakah saudara ingin menyerah diri atau berperang?" tanya ketua pahlawan Islam itu lagi.

"saya mahu menyerah diri," katanya dengan yakin.

"Mengapa perlu berperang sekiranya sudah tahu kemenangan pasti menyebelahi pihak musuh? Langkah paling bujak adalah berdamai," tambahnya lagi.

"Saudara mahu memeluk islam atau membayar jizyah?"

"Saya mahu membayar jizyah," jawab Ibnu Baqillah.

"Saudara boleh hidup dengan aman dan berpegang kepada agama asal," balas Khalid bin al-Walid lagi.

Tiba-tiba Khalid ternampak botol kecil trejatuh dari saku baju Ibnu Baqilah. Serentak dengan itu, dahinya berkerut sehingga keningnya hampir bercantum dua.

"Apa yang terkandung dalam botol itu?" tanya Khalid.

"Sejenis racun yang amat bisa. Sesiapa yang meminumya pasti mati serta merta," jawab Ibnu Baqilah.

"Mengapa saudara bawa racun ini?" tanya Khalid al-Walid. Dia benar-benar hairan.

"Sekiranya dipenjarakan, saya mahu minum racun ini kerana saya lebih rela mati daripada dipenjarakan. Sekiranya tindakan saya berunding dengan saudara tidak dipersetujui oleh kaum saya, saya lebih rela mati daripada hidup dibenci oleh kaum sendiri," Ibnu Baqilah memberitahu Khalid dengan jujur tanpa berselindung.

Khalid al-Walid mengambil racun itu lalu berkata dengan penuh yakin,"Racun ini tidak boleh membunuh orang selagi belum sampai ajalnya."

Baginya, seseorang itu tidak akan mati tanpa izin dari Allah.

"Racun itu amat berbisa. Sesiapa sahaja yang meminumya boleh mati serta merta," Ibnu Baqilah membantah kata-kata Khalid bin Al-Walid.

Beliau kelihatan yakin. Penutup botol dibuka. orang lain memandangnya dengan cemas.

"Jangan minum racun itu. Ia akan memudharatkan tuan," Yazib cuba menghalangnya.

"Lebih baik buang sahaj racun itu," kata Muthana.

Namun begitu Khalid tetap bertegas mahu meminumya.

"Saya mahu buktikan racun ini tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya dengan izin Allah," ujar Khalid.

Kemudian Khalid berdoa yang membawa maksud,

"Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit yang dengan namanya racun ini tidak mendatang mudharat."

Selepas membaca doa itu, Khalid mendekatkan botol beracun itu ke bibirnya.

"Jangan minum!" ada suara yang menjerit dnegan tindakannya.

Khalid terus meneguk racun itu dan menelannya.

Orang ramai terpegun. Masing-masing bingung dengan keberanian pahlawan Islam itu. Ibnu Baqilah adalah orang yang paling terkejut kerana Khalid mampu tersenyum dan berdiri selepas menelan racun itu.

"Mustahil tiada apa-apa berlaku selepas meminum racun itu," bisik hatinya.

Mulutnya melopong kerana kehairanan.

"Saya sudah beritahu saudara yang racun itu tidak boleh memudharat sesiapa dengan izin Allah," Khalid Al-Walid mengulangi kata-katanya.

Hebatnya keyakinan para sahabat. Mungkin kita tidak seyakin Khalid untuk bertindak sedemikian. Dengan tindakannya ini, ramai yang memeluk Islam. Subhanallah!

Khalid al-Walid juga seorang yang pandai mengatur strategi peperangan. Dalam peperangan melawan tentera Rom 240 000 tentera. Manakala tentera Islam seramai 40 000 orang sahaja. Jika dikira secara logik mustahil tentera Rom boleh kalah.

Antara rahsianya yang disebut oleh tentera Rom kepada Maharaja Hercules.

"Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada siang hari dan beraml ibadat pada waktu malam. Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara sendiri. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran," katanya dengan jujur.

"Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah kita kalah," tambahnya lagi walaupun suaranya ketakuta dihadapan maharajanya.

Wednesday, February 20, 2013

Tazkirah Dr Hasbullah Mohamad di surau Salahuddin al-Ayubbi..



Secara ringkasnya, mengikut Imam Nawawi...manusia terbahagi kepada 3 merujuk kpd penerimaan mereka terhadap Islam..

1) Yang melihat Islam sebagai agama yang menyusahkan.. (byk larangan...ini tak boleh...itu tak boleh...skjp2 haram...sekejap2 wajib kena wat...maka dgn ini menjadikan mereka benci terhadap Islam...)

2) Yang melihat Islam itu sekadar keperluan sahaja...(bila masa wat tahlil...baru nk tunjuk Islam...bila nk kawin...baru nk tunjuk Islam...bila nk mati...baru sibuk2 cari Islam...serupa jugak bila nk cari pengaruh nk bertanding...baru nk tunjukkan bahawasanya dialah yg paling Islam daripada org lain..)

3) Yang melihat Islam ini seperti nyawa mereka...(jikalau Islam itu tergugat...maka tergugatlah nyawa mereka..dan jikalau mereka ingin melindungi nyawa mereka...min bab al-Awla..mereka perlu menyelamatkan Islam itu keseluruhannya termasuk hukum2 dan arahan2 Allah s.w.t daripada dihina samada dalam bentuk cacian ataupun tindakan menukarkannya dgn hukum manusia...)

Maka jadilah golongan yang ke 3...InsyaAllah....

Thursday, February 14, 2013

DR.SYAUQI ABDUL KARIM MUFTI BARU MESIR


Wednesday, February 13, 2013


Majlis Anggota Kibar Ulamak yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Toyyib memilih pensyarah dan Ketua Bahagian Feqah Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Dr. Syauqi Ibrahim Abdul Karim sebagai Mufti Mesir yang baru menggantikan Dr.Ali Juma'ah.
Menurut Dr. Syauqi, beliau telah menerima panggilan dari Syeikh Al-Azhar memaklumkan pencalonan beliau. Menurut sumber, terdapat dua calon lain yang dicalonkan iaitu Dr.Atiyah Fayadh (Pensyarah Feqah Perbandingan Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah) dan Dr. Farhat Abdul 'Ati (Pensyarah Fakulti Syariah Islam). Walau bagaimanapun, Dr.Syauqi yang masih menanti pengesahan dari Presiden Dr.Mursi memperoleh undi tertinggi dari kalangan anggota Kibar Ulamak.
Dalam sidang media kemudian, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Qardhawi yang juga anggota Kibar Ulamak berkata, pemilihan Dr.Syauqi menepati kriteria yang ditetapkan.
Bekas Menteri Wakaf Mesir, Dr.Abdullah Husaini Hilal yang merupakan salah seorang anggota Kibar Ulamak menafikan pemilihan Dr.Syauqi terdapat campurtangan politik bahkan pemilihan berdasarkan manhaj Al-Azhar bersifat "wasoti" dan ia menjadi syarat yang utama.


Sumber : Abdul Malik , Onislam.net
Posted by We Care 4 Islam at 10:11 AM
Labels: Isu Bkmip Mesir

Dr Asri beri Tips nak mengundi dalam pilihanraya..!!!



 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa. 

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. 

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. 

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. 

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah(kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. 

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak“Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).
Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. 

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

Jom Selawat