Sumber
: al-azim.com
Dari
segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar
membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah
untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Setelah
kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan
Safar sehinggalah ke hari ini.
Peristiwa-Peristiwa
Penting Bulan Safar
Ada
berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara peristiwa
penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang oleh kita
ialah;
Persidangan
Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah persidangan yang dianjurkan oleh
pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah.
Persidangan ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus
pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu
Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari
Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh
dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda
yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari
kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua
kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala
telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa
Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan
pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari
rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.
Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa
penting yang berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah
kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah
saw) beliau mula ditimpa sakit.
Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11
Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah
isterinya Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua
isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di
rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah
r.a.
Rujukan;
Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi
Khutbah, Jab. Mufti Selangor
Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya,
Pej. Mufti Brunei Darussalam
Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain
Haekal