Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer  dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea  untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila  dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru  pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan  uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.
Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.
Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.
Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich  kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan  mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung.  Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang  diberi minum air tersebut.
  Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.
“Ujian  sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif.  Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam.  Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan  kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari  sel yang sihat.
“Ibaratnya  seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan  gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam  senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia  penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam  rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku  menyukainya.”
Air Zam-Zam adalah minuman yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit” (HR.Bukhari Muslim)
  “Saya  hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah  mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga  yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila  dibawa terbang jauh dari kota.  Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi  khasiatnya,” Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan  sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya  sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap  tenaga untuk jantung.
Sedangkan  doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi  sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu.  Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.
sumber: Majalah Al-Islam



 
 
 
 
No comments:
Post a Comment