
23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA  LUMPUR, 27 April: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya  sentiasa berjaga-jaga dalam usahanya untuk mengawal ancaman permainan  komputer dan telefon bimbit yang ganas ke atas masyarakat.
Presidennya,  S M Mohamed Idris (gambar) berkata, banyak kajian sedia ada yang  mengaitkan permainan online ganas dengan sikap keagresifan dalam  kalangan kanak-kanak.
Tambahnya, terdapat juga kajian, tetapi amat sedikit yang mendakwa sebaliknya.
“Bagaimanapun  penyelidik yang berkelayakan dan mereka yang membiayai kajian  seharusnya memberitahu kita yang boleh diyakini,” ujarnya dalam  kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya,  adalah sesuatu yang logik dan munasabah iaitu siapa sahaja terutama  sekali kanak-kanak pada usia yang mudah terpengaruh dengan melihat atau  melakukannya atau apa sahaja perkara yang negatif yang memenuhi masa  mereka mempunyai kesan yang akan memberikan kesan merosakkan ke atas  jiwa mereka.
“Kita telah melihat banyak jenayah remaja di negara barat yang dicetuskan oleh permainan komputer dan video ganas,” ujarnya.
Menurutnya lagi, menafikan hakikat ini sepertilah menyembunyikan perkara sebenar dan tidak mempedulikan bahaya sebenar.
“Dalam  masyarakat hari ini, termasuk Malaysia, kita mempunyai terlalu banyak  “tindak balas” keganasan malah kepada insiden kecil seperti dalam kes  pembuli jalan raya,” ujarnya.
Di  Thailand, katanya beberapa tahun yang lalu, seorang penjenayah telah  meniru permainan komputer menyebabkan pengedar tunggal yang sah  permainan itu telah menghentikan penjualan permainan itu dan memutuskan  untuk tidak mengimport versi yang seterusnya, yang keempat daripada siri  itu.
Katanya lagi, kini masyarakat sedang memasuki satu lagi dimensi dengan bidang baru berupa permainan melalui telefon bimbit.
Di  Korea, tambahnya peratusan besar lebih daripada 700,000 kanak-kanak  dengan telefon pintar menggunakannya untuk bermain permainan online,  oleh itu telah membawa kepada kira-kira 50 persatuan ibu bapa di sana  menggesa supaya larangan bermain permainan komputer online pada waktu  malam bagi mereka yang berusia di bawah 16 tahun dikenakan juga kepada  telefon bimbit. 
Beliau  berkata, tindakan proaktif untuk melindungi masyarakat Malaysia juga  perlu jalan yang pintar, sebagai ganti melaksanakan sikap “tunggu dan  lihat” untuk melihat jika jenayah seperti itu berlaku atau menuntut  kaitannya sebelum mengambil langkah.
Tambahnya,  “sampah masuk, sampah keluar” jelas menunjukkan kesan permainan ganas  yang kini dengan mudah boleh diperolehi daripada komputer riba, i-Phones  dan telefon pintar lain.
Justeru,  ujarnya CAP menggesa pihak Kementerian mengambil langkah segera untuk  menghapuskan permainan yang sama dan memberi amaran kepada pengguna  terutama sekali ibu bapa akan pengaruh negatif terhadap anak-anak  mereka.
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment