oleh: Husna Hassan ( husna@telagabiru.net.my ) Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata yang dibimbing oleh syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan “azab” di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap helai pakaian yang direka, majoritinya tidak mencapai standard yang telah digariskan Islam. Akhirnya demam berpakaian mengikut trend terkini itu merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kadangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain. Allah berfirman dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” Ayat ini begitu sinonim dengan wanita. Namun penulis percaya ramai wanita yang belum lagi betul-betul mengenali dan mendalami ayat ini bagi menghayati syariat yang berkaitan dengan wanita. Dalam ’Ahkam al-Quran, Ibn al-Arabi berpendapat bahawa ayat ini terdapat beberapa permasalahan berikut: Menundukkan Pandangan dan Menjaga Kehormatan Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan: “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Rasulullah berkata kepada kami (maksudnya): ‘Pakailah hijab kalian.’ Mereka berkata: ‘Bukankah dia buta?’ Rasulullah menjawab: ‘Apakah kalian buta?’” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) Jangan Zahirkan Perhiasan Wanita ditegah sama sekali daripada menzahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat.Apabila mereka berlalu meninggalkanmu,maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.” Tutup Belahan Leher Baju Anjuran ini juga terkandung dalam surah al-Nur ayat 31 ini. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yang berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ‘Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.” Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda hingga menutup bahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung. Siapa Muhrim Wanita?
Membunyikan Perhiasan Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.” Tujuan menghentakkan kaki di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemerencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi. Wallahuaklam.
sumber: SOLUSI |
SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH SALAM SEJAHTERA,AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM KE LAMAN BLOG AL FAQIR ILA AFWILLAH.SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA SIRU 'ALA BARAKATILLAH
Sunday, April 24, 2011
Persoalan Aurat Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN Kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam pros...
-
Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. R...
No comments:
Post a Comment