Saturday, August 27, 2011

Ramadhan, Idul Fitri dan Kemerdekaan


Al hamdulillah dengan izin Allah kini kita berada di penghujung bulan Ramadhan. Tidak berapa lagi kita akan menyambut Syawal. Bulan kemenangan kepada mereka yang berjaya mengahurungi madrasah Ramadhan yang penuh dengan ujian dari Allah.


Ramadhan 1432H akan berlalu dan tidak akan datang lagi, mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita? Sekiranya yang terakhir harapnya Allah menerima segala amalan kita. Sekiranya kita akan dianugrahkan lagi berjumpa Ramadhan 1433H harapnya segala kelemahan dan kelompongan Ramadhan 1432H akan dapat ditampung dengan ibadah.


Idul Fitri 1432H bakal menjelang. Takbir, Tahmid dan Tahlil mengiringi kedatangan Idul Fitri dan Syawal. Moga kehadiran Syawal ini membuahkan hasil terbaik untuk kita semua. Janganlah dicemari Idul Fitri dengan hiburan yang melampau takut dimurkai Allah kita nanti.


Pelik dan hairan juga tv Malaysia yang menyajikan rancangan hubiran yang melampau yang menyebabkan umat Islam kurang menghayati konsep idul fitri yang sebenar. Islam tidak mengharamkan hiburan. Cuma hiburan yang bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, bersalaman dengan lelaki perempuan yang bukan mahram....Boleh rujuk pandangan Syeikh Dr Yusof Al Qardhawi salah seorang tokoh Maal Hijrah Malaysia. Diharap para pimpinan, para ilmuan dan bekerjasama menegur pihak media yang saban hari seolah seronok menyajikan umat dengan hiburan yang melampau.


Mujur juga ada beberapa rakaian TV yang berwajah Islam dan siaran yang berwajah Islam. Namun berapa ramai yang tengok. Siapa yang tengok. Astro Oasis dan TV Hijrah banyak menyajikan rancangan berbau islam. tahniah kepada mereka. Penambaikan juga perlu dilakukan agar dapat membina umat yang bertamadun yang selamat dunia dan akhirat.


31 Ogos tarikh keramat negara menyambut kemerdekaan. Sudah lebih 50 tahun merdeka. banyak kemajuan dicipta. Bangunan banyak berubah. Kereta banyak di jalan raya. Rumah batu gah di pandang.


Kemerdekaan juga hendaklah dimuhasabah kembali. Kemerdekaan diri dari perhambaan kepada manusia, perhambaan kepada nafsu, perhambaan kepada dunia, perhambaan kepada syaitan dan sebagainya. kalaulah kemerdekaan sebenar dapat dihayati rasanya malatmalat menjadikan Malaysia negara paling selamat dapat direalisasikan.


Lebih 1400 dahulu Rasul pernah bersabda yang bermaksud : Aku tinggalkan pada kamu 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya sekiranya kamu beramal dengan keduanya iaitu Al Quran Sunnah (Al Hadis). Itulah suatu pesanan nabi yang wajib di patuhi oleh mereka yang menggelarkan diri muslim, muslimah, mukmin dan mukminah. Itulah sahaja caranya untuk mengembalikan umat Islam yang ramai tersasar dari kebenaran.


Marilah umat, marilah sahabat-sahabatku sekalian kita mengambil Al Quran dan Hadis sebagai rujukan utama kita. Kita jadikan masjid sebagai medan untuk kita menmbah ilmu. kita jadikan hiburan sebagai hanya sandaran sahaja. Kita bangunkan institusi ilmu dan institusi keluarga. Kita bangun dan pugarkan kembali roh jihad kepada pemuda-pemudi islam agar roh rasul, Salehhuddin Al Ayyubi, Toriq Bin Ziad dan Sultan Muhammad Al Fateh tersemat indalh di hati pemuda-pemudi Islam.


Salam Idul Fitri, salam kemerdekaan buat semua yang mengenali dan tidak mengenali. Moga ukhuwah yang terjalin atas dasar Islam semakin erat.


Kullu Aam Waantum Bikhair. Wa ala barakatillah.


Thursday, August 25, 2011

Baiki Solat Dan Jaga Amanah



Pada kali ini marilah kita renungkan 6 soalan yang dibincangkan oleh Imam Ghazali dengan murid-muridnya. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya amat besar peranan dan kesan dalam hidup kita di dunia apatah lagi sewaktu kita berjumpa Allah nanti. Mari kita bincangkan dalam konteks kehidupan pada hari ini semoga kita dapat manfaatnya.

Soalan-soalan tersebut ialah
1. Apakah benda yang paling dekat ?
2. Apakah benda yang paling jauh ?
3. Apakah perkara yang paling besar?
4. Apakah perkara yang paling berat?
5. Apakah benda yang paling ringan? dan
6. Apakah yang paling tajam?

Saya percaya hampir semua orang Islam tahu menjawab soalan-soalan tersebut tetapi apalah salahnya diulang semula kerana kita tidak dapat lari dari penyakit lalai dan lupa, dan adakalanya kita tersilap memberi keutamaan.

1. Benda yang dekat ialah mati. Sesuai dengan umur dunia yang sudah semakin tua, kita pun tidak tahu bila masanya kita akan mati. Mati tidak sahaja menimpa orang yang sakit, tetapi juga mereka yang tidak pernah sakit, baik tua baik muda baik kanak-kanak atau siapa sahaja.

Mati di sini juga boleh membawa maksud sakit di mana kita tidak mampu buat apa-apa lagi dalam menguruskan diri kita sama seperti orang yang telah mati hanya berharap diuruskan oleh orang lain yang hidup dan sihat. Oleh itu sebelum kita tidak dapat menguruskan diri baiklah kita bersiap sedia apa-apa yang perlu.

Kita perlu pastikan semua yang kita buat ada hubungkaitnya dengan beribadat kepada Allah. Disamping menikmati hasil keduniaan kita juga akan dapat ganjaran pahala sebagai bekalan yang kekal, Insyaallah.

Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah mengingatkan kita , “ Hisablah (hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihisab(dihitung ) dihadapan Allah di akhirat nanti.”

Mati adalah satu perkara yang sangat menggerunkan dan untuk meringankan azab sakratulmaut, disamping menunaikan ibadat-ibadat wajib, banyakkanlah beristighfar, berzikir dan bertahmid memuji keagungan dan kebesaran Allah, serta sentiasa meminta belas-ihsan panduan Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Di samping itu banyakkanlah berselawat atas Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mudah-mudahan dengan syafaat baginda kita diringankan bebanan terutama di dalam kubur.

Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas rasulnya, dan dalam sebuah hadis ada diriwayatkan sabda Rasulullah bahawa setiap selawat yang kita ucapkan ke atas rasul akan dibalas dengan 10 kali selawat oleh Allah ke atas kita.

Rasulullah pernah mengingatkan isterinya Saidatina Aishah r.a. dalam sebuah hadis yang bermaksud “Jangan kamu tidur sebelum kamu melaksanakan empat perkara, membaca Al-Quran sampai khatam (membaca surah Al-Ikhlas 3 kali), berselawat keatas Rasulmu, berdoa memohon keampunan untuk seluruh umat Islam, dan beristigfar, berzikir, bertahmid memuji kebesaran Allah Subhanahuwataala.”

Hadis yang ringkas ini bukannya susah pun untuk dilaksanakan jika kita jadikan amalan setiap malam sebelum tidur. Kalaulah terus tertidur tak bangun-bangun keesokan paginya, Insyaallah mati kita adalah dalam iman.

Kalau mampu buatlah solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur, meminta keampunan atas segala kesalahan yang kita lakukan, dengan perasaan yang amat benci terhadap kelakuan kita tesebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

2. Benda yang paling jauh ialah masa yang telah lalu. Masa yang telah lalu sudah menjadi sejarah dan tidak ada apa-apa yang kita ubah lagi. Oleh itu dengan kesempatan yang masih ada lakukanlah sesuatu yang baik, atau ubahlah sesuatu yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik.

Contoh paling nyata ialah sewaktu anak-anak masih kecil, asuhlah mereka supaya hormati orang-orang tua. Atau pun jangan berhenti menyuruh mereka solat bila sampai waktunya. Dengan sendirinya perkara-perkara baik sebegini akan jadi tabiat yang berguna dan Insyaallah akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Mungkin ada anak-anak kita yang sedikit degil tetapi janganlah hendaknya kita berputus asa. Anak-anak kecil belum tahu apa-apa, ibubapalah pembentuk mereka.
Sedikit sahaja kelalaian dipihak kita kesannya cukup besar bila mereka dewasa nanti

Kalau kita ada kuasa untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih baik, maka ubahlah sewaktu kita ada kuasa, jangan tunggu sehingga kuasa sudah hilang baru kita teringat. Kadang-kadang kita tidak tahu kita ada kuasa sehingga kuasa itu hilang dari genggaman kita.

3. Perkara dan musuh yang paling besar pula ialah nafsu ?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia boleh menjinakkan nafsu supaya mengikut kata imannya. “

Kehendak nafsu sentiasa berlawanan dengan kehendak atau dorongan iman. Setiap orang Islam mesti berusaha untuk mengawal nafsunya, baik nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu bekerja, nafsu berhibur, nafsu mencari harta, nafsu berpakaian, nafsu berkata-kata, nafsu untuk berkuasa, nafsu menghias rumah, nafsu suka dipuji, nafsu bermegah-megah dan sebagainya.

Antara contoh-contoh bagaimana nafsu berusaha untuk mengawal dan mempengaruhi kita ialah, bila terdengar azan untuk solat, nafsu akan memujuk, biarlah ! lambat lagi, apa nak kejar, kalau kita hendak menolong seseorang, nafsu akan mengatakan, buat apa nak tolong, ramai lagi orang lain boleh menolong; nak bersedekah dengan wang yang sedikit sedang itu sahaja yang kita mampu,

nafsu akan mengatakan, sedikit boleh jadi apa, tunggulah lain kali sahaja, tentu lebih banyak dapat disediakan, nak mula mendekati mesjid selalu, nafsu akan memujuk dengan mengatakan apa nak susah, umur masih muda, di rumah pun boleh solat, tua nanti buatlah lagi senang dah kurang tanggungjawab kerana anak-anak dah besar dan macam-macam lagi. Sangat ramai orang yang tewas kerana nafsu.

Dalam bulan Ramadan ini berjayakah kita melawan nafsu makan, mampukah kita mengurangkan belanja dapur berbanding dengan bulan-bulan sebelum ini ?

Nafsu juga boleh menyebabkan kita jadi bakhil. Kita selalu keberatan untuk berderma atau bersedekah sebab takut miskin sedangkan kaya miskin adalah anugerah dan ketentuan Allah. Allah boleh bagi atau tarik balik sebarang rezeki yang Dia bagi kepada kita..

4. Perkara yang paling berat adalah memegang amanah.
Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita memegang amanah. Adakalanya tanggungjawab itu datang sendiri secara mengejut seperti bila ibu atau bapa meninggal dunia, atau bila ketua pejabat bertukar sementara datangnya pengganti. Adakalanya tanggungjawab datang kerana kita memintanya melalui pertandingan atau pun ditawarkan.

Di mana sahaja setiap seorang dari kita mesti ada memikul amanah sekurang-kurangnya terhadap diri sendiri dan keluarga.

Seorang majikan atau ketua tempat bekerja memikul amanah bagaimana menjaga kebajikan dan pengurusan tempat kerja tersebut supaya teratur, tanpa penyelewengan, sentiasa ceria dan berdaya maju.

Seorang pemimpin negara atau parti atau persatuan mesti menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tidak boleh pecah amanah menyalahgunakan apa-apa yang bukan hak kita untuk diri sendiri. Khalifah Umar Abd Aziz r.a. menunjukkan contoh yang baik iaitu jika urusan keluarga maka dia akan menggunakan lilin khas untuk urusan keluarga dan bukan menggunakan lilin yang dikhaskan untuk urusan negara.

Pecah amanah juga boleh berlaku jika kita menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang kita sukai atau rapat dengan kita tetapi dia tidak layak atau yang belum sampai masanya untuk memegang jawatan tersebut sedangkan ada orang lain yang lebih layak kepada jawatan itu.

Kesan pecah amanah amat besar bukan sahaja kepada individu tetapi mungkin kepada anak-anak dan keluarga. Sekiranya melibatkan wang maka apa yang pasti ialah makanan yang dibeli dengan wang haram itu seumpama memasukkan api neraka ke dalam mulut kita dan anak-anak kita.

Pernah kita mendengar orang-orang mengatakan, “Aku gunakan wang itu bukan untuk makanan tetapi benda-benda lain yang tak akan jadi darah daging aku dan keluarga aku” Betulkah ?

Jika dengan wang haram itu dibelikan barang-barang keperluan, maka wang asal yang disediakan untuk membeli barang-barang itu sudah bukan hak kita lagi, sesungguhnya semua wang dari sumber tidak halal, akan tetap haram.

Kita janganlah lupa terhadap cerita bagaimana seorang pekerja yang baik tetap disiksa Allah kerana mengambil sedikit sahaja carikan kayu dari tempat kerjanya tanpa kebenaran tuannya untuk membersihkan giginya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.

“Dan janganlah kamu makan iaitu mengambil harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah , dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (iaitu mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Baqarah 188

Memang amat berat kalau terpaksa memikul amanah sedangkan ramai dari kita tidak mampu untuk memikulnya. Kalau boleh, elakkanlah secara sengaja mencari sebarang beban sedangkan kita tahu kita adalah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakannya.

“ Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala” An-Nisaa 10

Sebagai contoh; Sekiranya ada antara kita (sama ada lelaki atau perempuan) yang diamanahkan menjaga harta peninggalan ibu bapa yang dulunya kita jaga sewaktu adik-adik masih kecil, dan kini mereka telah dewasa, maka pulangkanlah (serahkan) semula jika masih ada kepada adik-adik kerana itu bukan hak kita lagi.

Janganlah pula dijadikan hak kekal dan diberikan pula kepada anak-anak dengan perasaan takut miskin kerana rezeki itu adalah hak Allah, kita hanya pemegang amanah sahaja. Harta-harta rampasan seperti inilah yang akan merenggangkan silaturrahim dan menyusutkan segala keberkatan amalan yang kita lakukan.

Seiring dengan ketibaan Hariraya tak lama lagi, para ustaz juga selalu mengingatkan kita, janganlah pula kerana hendak menyambut Hari Raya kita menambah hutang jika tidak perlu, atau menambah dosa dengan menyalahgunakan harta atau apa-apa yang bukan hak kita walaupun sementara dengan tujuan lepas raya dipulangkan atau bila ada wang akan diganti semula.

Ingatlah bagaimana cerita Saidina Umar Al-Khattab r.a. diperingatkan oleh pegawai kewangannya supaya tidak menggunakan kemudahan perbendaharaan Islam walaupun ketika itu khalifah dalam kesempitan. Sesungguhnya mati itu sangat hampir dan kita semua tidak tahu setakat mana umur kita.

Sama-samalah kita menjaga semua amanah sebaik mungkin, Insyaallah kita akan selamat.

5. Yang paling ringan ialah meninggalkan solat:

“ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya” An-Nisaa’ 103

Sebagai tanda beriman semua orang Islam mesti melaksanakan Rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang(solat) pada waktunya. Tidak ada alasan untuk melambat atau meninggalkan solat..
Imam Ghazali mengatakan solatlah yang paling diambil mudah untuk ditinggalkan oleh orang Islam.

“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yaqin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya “ Al-Baqarah 45-46

Terlalu banyak alasan yang selalu digunakan oleh orang Islam yang tidak kuat imannya, seperti pakaian kotor, (adakah pakaian kotor itu najis atau tidak najis); masa masih ada lagi (yaqinkah selepas itu kita akan kelapangan dan ada masa ); mesjid dan surau tak ada (solat itu di masjid dan surau sajakah );

telekung tak bawa (wajibkah bertelukung, apa kah pakaian kita tidak menutup aurat); sejadah tak ada (perlukah sejadah)?. Saya pernah melihat warga kita di luar negara, tepi jalan, tepi perhentian bas, di stesen keretapi, dalam supermarket pun (dalam tempat uji pakaian ) boleh solat. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan bersih kecuali disempitkan dan dikotorkan oleh manusia.

Meringankan solat juga boleh bermaksud meringankan kesempurnaan solat seperti, tidak berjemaah, kalau berjemaaah , saf tidak lurus, masuk saf lambat, jemaah tidak rapat satu sama lain, tidak mahu berganjak kalau ada lompang setelah ada makmum yang keluar saf, pentingkan diri dengan mengejar kipas dan alat hawa dingin, bersuara kuat hingga ganggu orang di sebelah, atau tidak berwuduk dengan sempurna, dan lain-lain lagi.

Rasulullah mengingatkan kita bahawa amalan solatlah yang akan dinilai dahulu sebelum Allah menilai ibadat yang lain, secara tidak langsung kalau gagal penilaian solat, amalan yang lain akan sia-sia sahaja.

Orang yang gagal dalam penilaian solat atau solatnya tidak diterima, atau yang tidak bersolat, tempat mereka adalah dalam neraka Saqar. Penghuni neraka Saqar dibakar sehingga hangus dan kemudian dipulihkan semula kulit-kulit mereka dan dibakar semula, begitulah seterusnya dan mereka kekal di dalamnya.

“Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah, “ Al-Muddaththir 41

Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka (ahli syurga bertanya); “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka ) Saqar ? ” Al-Muddaththir 42

“Orang-orang yang bersalah itu menjawab; “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang (solat); “ Al-Muddaththir 43

“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;” Al-Muddaththir 44

“Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; “ Al-Muddaththir 45

“Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasnan” Al-Muddaththir 46

Marilah sama-sama kita terus berusaha memperbaiki solat kita kerana solat adalah tiang agama.

6. Yang paling tajam ialah lidah

Tidak ada senjata yang paling tajam selain daripada lidah.

Lidah (keupayaan berkata-kata) perlu digunakan untuk kebaikan dan janganlah pula digunakan untuk keburukan.

Jika percakapan yang disampaikan berupa provokasi atau pun fitnah, pengajaran yang terpesong, atau arahan yang zalim dan kejam, kesan atau akibatnya amat serius boleh mendatangkan kesan buruk satu atau beberapa generasi yang tidak boleh diperbaiki lagi sampai bila-bila. Memang mudah untuk memohon maaf atas sebarang ketelanjuran kata-kata, tetapi bagaimana pula kesan emosi, atau kesan jangka panjang ke atas individu, atau keluarga yang menjadi mangsa, sudah pasti amat sukar untuk disembuhkan.

“ Fitnah itu lebih buruk(dahsyat) daripada membunuh”

Orang Islam tidak akan lupa bagaimana rumahtangga Rasulullah bergoncang akibat fitnah yang ditujukan ke atas Saidatina Aishah r.a. isteri baginda sehingga Allah menurunkan wahyu menerangkan kebenaran dan menjernihkan suasana.

Oleh itu untuk tidak dimurkai Allah, dalam pergaulan sehari-hari, jangan amalkan sifat munafik dan jauhkan diri dari mereka yang bersifat demikian iaitu; kalau berjanji dia mungkir janji, kalau bercakap dia dusta dan kalau diberi amanah dia akan pecah amanah.

Sebaliknya lidah (yakni keupayaan berkata-kata) hendaklah digunakan untuk menyampaikan ilmu yang berguna, memberi nasihat atau mengajar dan membaca Al-Quran dan sebagainya. Ia bukan sahaja berfaedah untuk diri penyampai, malahan akan memberi menfaat untuk masyarakat sampai bila-bila. Sekiranya perkara baik tersebut disebarkan pula kepada orang lain selepas itu, ganjarannya akan terus berterusan seperti mengalirnya air sungai sama juga seperti ganjaran harta diinfakkan untuk ke jalan Allah.

“ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”
(A-Li Imraan 133).

Sebaik-baiknya marilah sama-sama kita meneruskan tugas Rasulullah menyeru kepada berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan, terutama kepada diri sendiri, anak-anak, isteri dan kaum keluarga kita, sesungguhnya kita hanya penyeru dan penyampai dan kita tiada daya untuk memberi hidayah kerana ia hak Allah, sepertimana gagalnya seruan Nabi Ibrahin a.s. kepada bapanya, Nabi Noh a.s kepad anaknya, Nabi Musa a.s. kepada Firaun, Qarun dan Haman, Nabi Muhammad s.a.w kepada bapa saudara baginda, dan sesungguhnya kita adalah dilarang berputus asa.
Mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan, kita dan orang-orang disekeliling kita akan tetap dalam peliharaan Allah sampai bila-bila.

Disamping itu semasa melakukan ibadat atau kerja-kerja kebajikan janganlah pula lupa berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita sentiasa dipermudahkan dan dilimpahi rahmat dan kurniaanNya.

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu (Wahai Muhammad) mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka ) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka mereka hendaklah menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu);, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul “ Al-Baqarah 186

“Dan Tuhan kamu berfirman” Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” Al-Mukmin 60

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” Al-Baqarah 222

“ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” An-Nahl 128

Suka juga diselitkan di sini janganlah kita celupar dalam berkata-kata walaupun ia tidak menyakitkan hati sesiapa tetapi dibimbangi kalau kata-kata tersebut akan menjadi seperti doa yang akan merugikan kita seperti contohnya, pasangan pengantin baru berkata tidak mahu anak dahulu, nak rehat dahulu, anak-anak menyusahkan atau sebagainya.

Jika ia diucapkan sewaktu Allah mengkabulkan doa kan susah jadinya. Ataupun mereka yang baru keluar pusat pengajian, tak mahu minta kerja dulu, nak rehat dulu, sudah penat nak rehat seketika, nantilah dulu atau apa-apa sahaja ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan.

Sudah banyak kali kita mendengar orang merungut dah puas berusaha tapi masih susah dapat anak, susah dapat kerja dan sebagainya. Bagi mereka yang terlibat, eloklah muhasabah diri kalau-kalau pernah tersasul kata walaupun tanpa niat.

Jika ada eloklah buat solat taubat banyak-banyak minta keampunan dan minta dikasihani Allah. Ambillah peluang istimewa di bulan Ramadan yang amat berkat, dan bulan yang dibuka pintu langit tanpa sebarang hijab ini, semoga segala permohonan dimakbulkanNya, Insyaallah.. .

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada menyebut bahawa tiga kumpulan yang tidak ragu-ragu akan dimakbulkan doanya ialah orang-orang yang dizalimi, orang yang bermusafir dan doa ibubapa terhadap anak-anaknya.

Oleh itu mulai sekarang marilah kita berazam untuk memperbaiki apa-apa sahaja kelemahan yang ada, memperbaiki kesempurnaan semua ibadat kita, tuturkata dan tingkahlaku dan berusaha menyumbangkan apa-apa sahaja yang kita terdaya demi agama Islam yang kita kasihi, mudah-mudahan nama kita akan diseru oleh semua malaikat yang menjaga semua pintu-pintu syurga di hari pembalasan nanti, Amin...

Oleh: MZD

Saturday, August 20, 2011

Kesan Tarbiyah Ramadhan Kepada Aqidah, Ibadah & Akhlaq Insan


Oleh: al-bahanj

"Ramai para ulama menggelar bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah. Di dalamnya penuh dengan rahmat & keampunan ALLAH `Azza wa Jalla. Ditambah pula makhluq ALLAH yang bernama Syaitan telah digari dan dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini.

Disebabkan oleh musuh utama manusia iaitu Syaitan itu telah dikeluarkan dari diari hidup manusia buat sementara waktu, maka manusia bisa beroleh kekuatan tambahan dalam membentuk diri untuk meletak bekalan taqwa ke dalam dada masing-masing.

Betapa ramainya manusia yang tiba-tiba menjadi dekat dengan ALLAH dan jinak dengan masjid apabila Ramadhan datang menziarahi hidup manusia. Inilah barakah yang terdapat di bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

Aqidah

Dengan hadirnya Ramadhan, jiwa insan segera dekat dengan Rabbnya. Tiba-tiba insan menjadi sedar bahawa Rabbnya sedang memerhatikannya. DIA sedang melihatnya. Kesyahduan Iman yang terbit dari lubuk hati tiba-tiba terasa. Segar kerana perasaan bertuhan mula terasa.

Keikhlasan sebagai hamba mula terbentuk dari tarbiyah Ramadhan. Setiap langkah dan nafasnya mula berlatih mengingati Tuhan. Rukun-rukun Iman mula mengukuh terbina di dalam hati. Betapa Ramadhan memang menjadi medan tarbiyyah memasak asas aqidah insan kepada Tuhannya.

Bukan itu sahaja, malah keimanan terhadap Nabi dengan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi turut mekar pada bulan yang mulia ini. Di sana sini para penceramah mengingatkan hadirin masjid dengan hadith-hadith akan kelebihan Ramadhan. Walaupun masih terdapat para ustadz yang tanpa mereka sedari telah menyampaikan hadith-hadith dhaif, malah palsu, namun senario manusia berduyun-duyun mengambil fadhilat-fadhilat tersebut menunjukkan betapa suburnya kepercayaan mereka kepada hadith-hadith Nabi yang selama ini tandus tidak bersiram. Nah, Ramadhan memang medan membaja insan dengan aqidah beragama. Semua elemen rukun Iman mula dibaiki sepanjang tempoh ini.

Ibadah

Segala pujian bagi ALLAH yang menciptakan bulan ini yang darinya membuatkan manusia kuat ibadah kepada ALLAH. Peluang amalan berganda sentiasa menjadi fokus hambaNYA yang beribadah. DIA lah Ilah yang segala ibadah semuanya tertumpu kepadaNYA.

Yang jarang ke masjid, mula ke masjid. Yang tidak menutup aurat, mula menutup aurat. Yang selama ini menyimpan al-Quran di tempat tinggi lama tidak membukanya, mula membuka dan membacanya. Yang jarang ke majlis ilmu, mula berjinak duduk menghirup udara ‘taman syurga’ itu. Yang malas solat, mula jaga solat kerana risau puasanya tidak diterima. Pendek kata, kita lihat ramai manusia menjadi kuat beribadah kepada ALLAH apabila mulanya 1 Ramadhan.

Inilah keberkatan Ramadhan. Hati manusia menjadi jinak dengan agama. Semuanya berebut-rebut ganjaran yang berganda-ganda. Betapa Ramadhan meniup semangat insan untuk beribadah kepada ALLAH.

Akhlaq

Puasa Ramadhan menyebabkan badan manusia lemah. Bukan sahaja badan lemah, malah nafsu juga lemah. Ditambah pula dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengatakan bahawa ALLAH tidak berhajat dengan puasa seseorang jika lidahnya tidak dijaga. Di dalam hadith qudsi juga, ALLAH Ta`ala juga telah mengatakan bahawa puasa ialah sebagai perisai yang boleh menjadi asbab yang ampuh untuk manusia menjaga akhlaqnya.

Atas faktor-faktor di atas, maka Ramadhan tentunya bisa menjadi medan kursus yang efektif untuk mentarbiyyah manusia dalam bab akhlaq. Kita sedia maklum bahawa lidahlah selalu menjadi faktor manusia bergaduh dan bertelingkah. Justeru, Ramadhan dilihat boleh menarik perhatian manusia agar berhati-hati dalam bab menggunakan lidah untuk bercakap.

Malah, ALLAH `Azza wa Jalla menyarankan manusia apabila diajak bergaduh atau bertengkar, jawablah kepada orang itu “sesungguhnya saya sedang berpuasa”. Nah, puasa bisa menjadi medan ampuh manusia mendidik nafsunya agar bersabar dan jangan cepat melatah dengan perangai manusia yang terburu-buru.

Bukan sahaja lidah, malah lain-lain pancaindera seperti mata, telinga, tangan dan kaki turut terdorong menjadi lebih baik di bulan yang mulia ini. Kerana nafsu sudah lemah disebabkan berpuasa. Ditambah pula kerisauan pahala puasa menjadi luput akibat menggunakan pancaindera di jalan yang salah.

Malah hati juga semakin lembut dan mula berfikir tentang nasib orang lain yang lebih susah. Hati mula sensitif, simpati dan empati terhadap orang lain. Ini kerana nafsu yang selama ini beraja di dalam hati sudah menjadi lemah dan hati yang sejahtera mula segar dengan keimanan kepada ALLAH. Apabila hati mula baik, maka lain-lain pancaindera pun akan turut menjadi baik. Kerana hati itu raja.

Maha Suci ALLAH. Betapa Ramadhan sangat memberi kesan kepada manusia dalam mendidik akhlaq.

Ya, Ramadhan memang medan tarbiyyah. Ia medan kursus untuk menyegarkan kembali aqidah, ibadah dan akhlaq. Agar semuanya lurus di atas jalan ALLAH. Namun, berapa ramai yang betul-betul berpatisipasi di dalam kursus sebulan ini lantas melahirkan buah tarbiyyah yang cantik? Tidak ramai. Moga-moga saya dan kalian tergolong di dalam golongan hambaNYA yang berjaya melalui Ramadhan dengan diijazahkan ketaqwaan di dalam diri, amin.

terbaru dari telaga biru

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Berminat? Hubungi us hasminuddin 017 9631817

Penulis
: Pelbagai Penulis
Kod Katalog
: TBBK 1105
Kod ISBN
: 978-967-40709-3-9
Harga
RM100.00

Friday, August 19, 2011

untuk stdent ptss



MUHASABAH RAMADHAN

Hidup Untuk Mati

Oleh: Papabran

"Perjalanan hidup ini amat pendek sekali. Sekitar 60 tahun sahaja!. Kalau kita berumur 30 tahun sekarang, purata lagi 30 tahun sahaja untuk kita hidup. Manakala perjalanan akhirat tersangat-sangat panjang. Allah s.w.t Maha Pemurah. Jika kita mengabdikan diri kepadaNya dlm masa yg pendek di atas dunia ini. Allah s.w.t meredhoi dan merahmati kita bukan saja di akhirat yang panjang dan penuh penderitaan, malah di dunia juga.


Sedangkan kita sibuk berbalah sesama kita, sebenarnya masih banyak persiapan belum kita buat untuk menempuh alam sesudah mati. Jangan terleka dengan dunia, dunia ni ibarat pulau kecil yang kita singgah ketika menaiki bahtera kehidupan. Matlamat kita menuju kehadrat Allah. Bahtera ni singgah kejap je, kutip lah bekalan di pulau ini, jgn sampai terleka hingga membina mahligai di pualu ini.

Bahtera ni singgah kejap je, sape lambat akan tertinggal. Ramai kita kenal orang lain, tambah lagi orang yang kita benci, sampai ape yang dia buat dalam sembunyi pun kita tahu. Sibuk kita mencari kerosakan orang lain untuk kita hebahkan. Kita lupa mencari diri kita, kita lupa mengenal diri kita. Kita tak kenal diri maka kita tak kenal Allah. Kerana proses mengenal Allah adalah dari mengenal diri dulu. Kalau kita kenal diri, kita tau kita adalah hamba yg Allah jadikan untuk menyarung jasad manusia sekejap dan tinggal sekejap di dunia. Dan bila-bila masa Allah akan keluarkan semula kita dari sarung kita. Dan suruh tinggal pula di alam lain, iaitu alam barzakh.

Pada masa ni, kita sudah tiada tanggungjawab. Hanya menerima rahmat atau murka dariNya sahaja. Pilihlah untuk menerima rahmatnya sementara kita ada pilihan di dunia ini.

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau



Oleh: zharifjenn

""Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Wednesday, August 17, 2011

MUHASABAH RAMADHAN




Al hamdulillah Allah telah memberi peluang kepada kita selaku hambanya yang banyak bergelumang dengan dosa dan noda ini melepasi hari yang ke 15 pada hari ini. Semoga pinjaman umur yang tidak tahu bila akan berakhir ini akan terus dipinjamkan sebagai penumpang di alam yang fana' ini.

Amirul Mukminin Saidina Umar R.A pernah menyatakan : Hisablah dirikamu sebelum kamu dihisab dihadapan Allah, satu peringatan buat semua yang beriman mahupun yang tidak beriman bahawa masa audit itu akan sampai.

Beberapa minggu ini banyak peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan di negara kita, terbaru kisah serbuan Jais ke gereja dan tuisyen percuma oleh pihak gereja.

Saya tidak mahu mengulas isu tersebut yang mungkin boleh mengundang pelbagai persepsi masyarakat dan juga mereka yang ingin mensensasikan isu tersebut.

Cuma sekiranya kita renung kembali apa yang dinyatakan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar, maka semua yang bergelar umat Islam dari pimpinan hinggalah kepada rakyat bawahan hendaklah bermuhasabah bahawa apa yang berlaku mungkin disebabkan kecuaian umat dan pimpinan.

Mana mungkin mereka boleh terlibat jika pimpinan seperti Umar Al Khattab atau Umar Bin Abd Aziz masih hidup. Wahai pimpinan umat marilah sempena Bulan Ramadhan Al Mubaarak ini kita sama bermuhasabah. jadikan dua tokoh tersebut selaku idola untuk meraih redha Allah bukan redha manusia. Wahai pimpinan umat dibahumulah nanti segalanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Izati. Wahai pimpinan umat kami sentiasa berdoa "dan jadikan orang-orang yang bertaqwa itu sebagai pimpinan kami". Realisasikan doa kami itu. Kembalilah kepada petunjuk Ilahi.

Wahai umat islam. kembalilah kepada Al Quran Dan Sunnah nabimu. Jangan terpedaya dengan ajakan dan tipudaya musuh-musuh Islam. Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).

Wahai umat islam yang berharta, yang kaya, bantulah umat Islam yang tidak berkemampuan agar ianya menjadi sedekah jariah apabila anda berada di alam barzarkh nanti. Carilah umat yang memerlukan, janganlah sibuk membantu umat diluar sedang umat di Malaysia masih ramai yang memerlukan.

Semoga ianya memberi lontaran semangat pengorbanan kepada umat Islam. Ingatlah apa sahaja yang berlaku mempunyai hikmah yang perlu difikirkan bersama. Jom berubah.


Perang Badar Dan Nuzul al-Quran

17 Ramadhan 1432H. [MOD] -
http://pmram.org

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Monday, August 15, 2011

LAILATUL-QADAR : Bagaimana Nak Cari & Doa Yang Mesti Dibaca

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah:

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Tulisan di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq dari bab puasa. Semoga kita semua dapat memanfaatkan perkongsian ini, insyaALLAH.

Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

Sunday, August 14, 2011

GEN Q WADAH GENERASI AL QURAN


DAPATKAN MAJALAH GEN Q VOL 2 DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

MAJALAH YANG MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DIKALANGAN REMAJA ISLAM

UBAHLAH DARI MANGGA, URTV KEPADA GEN Q

HARGA RM 7.00 SAHAJA



Friday, August 12, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran.


Oleh anakmuaallaf

Bismillahirrahmanirrahim. Nak kongsikan ngan kawan2 semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa xdak apa yang kluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan SUBHANALLAH..

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah.


Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.

Wednesday, August 10, 2011

GEN Q BARU SUDAH KELUAR PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA

SALAM MUSLIMIN MAJALAH REMAJA MUSLIM TERBARU EDISI 2 SUDAH TERBIT DI PASARAN.........PENGEDAR YANG BERMINAT DIPERLUKAN

HARGA PASARAN RM 7.00 SAHAJA


Tuesday, August 9, 2011

Ciri-ciri/Kekuatan Gen-Q


  • Bicara daripada Al-Quran dan Hadis.
  • Bersaiz kecil mudah dibawa.
  • Dikemukakan dalam bahasa santai.
  • Penuh dengan persoalan & jawapan.
  • Menunjukkan arah karier dengan contoh yang telah berjaya.
  • Penuh dengan hikmah, petua & doa.
  • Isu-isu semasa, cinta dan petua untuk remaja.
  • Harga berpatutan
  • Penulisan tokoh-tokoh berwibawa

Tahap keimanan penentu rasa takut kepada Allah




9 Ramadhan 1432H. [MOD] -

WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah.

Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak.

Jika kita ada rasa takut kepada Allah, sudah pasti kita tidak akan berani melanggar perintah-Nya. Rasa takut akan mendorong seseorang itu benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah. Semua perintah Allah akan dipatuhinya dan larangan ditinggal-kannya.

Seorang ulama telah berkata: “Cucilah empat perkara dengan empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.”

Walaupun Rasulullah SAW bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin Allah dengan syurga, di hati Baginda tertanam rasa takut kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akulah manusia yang paling takut kepada Allah di antara kamu semua itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” (Surah al-Anfal, ayat 2)

Orang yang betul-betul kenal dan takut kepada Allah hanya lahir di hati mereka yang mempunyai sikap tawakal atau penyerahan pada Allah. Dengan kata lain, hanya orang beriman saja yang akan dapat merasai rasa takut itu.

Ibn Abbas meriwayatkan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ada dua mata yang tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di tengah malam kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana terjaga dalam peperangan di jalan Allah.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika berasa gentar hati seorang mukmin kerana takut kepada Allah, maka runtuh dosanya bagaikan daun kering yang runtuh dari pohonnya.” (Dari kitab Tanbihul Ghafilin II)

Sebenarnya rasa takut kepada Allah ini bergantung kepada tingkat keimanan seseorang. Jika sekadar percaya adanya Allah tetapi tidak dapat berasa-kan takut kepada Allah, maka iman orang itu amat tipis dan lemah kerana tidak dapat berasa gerun kepada neraka serta azab Allah.

Dengan kata lain, tidak ada rasa takut dan gerun kepada Allah menandakan hati seseorang itu telah mati. Al-Quran mengingatkan mengenai seksaan pedih bakal diterima orang yang derhaka (tidak takut) dan balasan nikmat bagi mereka yang melakukan kebaikan (takut).

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya: “Berharaplah kepada Allah dengan sesungguhnya sehingga kamu berasa aman dari tipu daya dan takutlah kepada-Nya supaya kamu tidak terputus dari rahmat dan kasih sayang-Nya.”

Secara umum kita dapat mengenal orang yang memiliki rasa takut kepada Allah melalui tanda seperti banyak membaca al-Quran, rajin mengerjakan solat wajib dan sunat, selalu membelanjakan hartanya di jalan Allah, mengeratkan silaturahim dan menjauhkan daripada perkara mungkar.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.” (Surah An-Naziat, ayat 40-41)

utusan malaysia/-

Jom Selawat