Saturday, May 26, 2012

Bicara Rejab 1433H

Firman Allah dalam Surah Al Israk ayat 1 yang bermaksud :
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Salam buat semua. Salam buat ibuku. Salam buat isteriku. Salam buat kelauargaku. Salam buat sahabat-sahabatku. Salam buat pelajar-pelajarku. salam buat ahli jemaahku. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sebelum bicara diteruskan marilah kita berdoa : Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab Dan Syaaban Dan berilah kami peluang untuk hidup dan berpuasa di bulan Ramadhan. Amiin.

Kedatangan bulan Rejab menandakan isyarat hampir tiba Ramadhan. Bulan yang ditunggu oleh orang-orang yang beriman dan soleh untuk beramala soleh dan mendapat bonus Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah. Moga kita semua dipanjang usia, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah.

Berbicara tentang bulan Rejab, bukanlah saya insan yang kerdil ini layak menceritakannya. Ramai lagi yang lebih layak. Namun dengan haasrat untuk perkongsian maka saya memberanikan diri untuk menukilkan beberapa perkara yang perlu kita muhasabah bersama.
 

Peristiwa Isra'Dan Mikraj adalah suatu peristiwa agung yang berlaku yang membenaarkan Risalah Rasul yang juga kekasihnya. Allah menjemput Nabi bertemu denganNya dan menganugerahkan anugerah solat 5 waktu kepada Rasul dan umatnya. Betapa sayangnya Allah kepada Rasulnya yang sedang menanggung derita dakwah dengan ancaman Kafir Quraisy setelah tonggak utama yang merupakan insan tersayang (Saidatina Khadijah) dijemput Allah buat selamanya dan paling memilukan apabila Abu Thalib meninggal tanpa mengucap syahadah.


Allah menjemput Nabi dengan kenderaan Khas yang bernama Buraq yang amat pemalu. Juga teman nabi yang bernama Jibril. Kemudian Allah perintahkan agar dada Rasulullah dibedah dan diambil hati dan dibasuh dengan air zam-zam. Menjadi suatu pengajarn bahawa untuk menemui Allah mestilah dengan hati yang penuh bersih dan air zam merupakan air yang amat tepat kerana nabi pernah menyatakan : Air zam-zam itu diminum dan diniatkan sebagaimana yang meminumnya.


Nabi juga dibawa ke Masjidil haram Baitul Maqdis, diberi penghormatan untuk menjadi imam oleh para nabi. Tawadhuknya para nabi walaupun mereka banyak kelebihan dan lebih tua tapi memberikan hak imam kepada Rasulnya. Betapa jauhnya mereka dengan kita.

Seterusnya nabi dieprlihatkan Allah dengan nikmat penghuni syurga dan azab penghuni neraka. Nabi pernah bersabda yang bermaksud : Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak. 


Nabi juga diberi pilihan untuk minum susu atau arak. Nabi memilih susu yang merupakan fitrah manusia yang sukakan kebaikan. Nabi juga diperlihatkan dengan usia tua yang sudah bongkok dan tua. 


Seterusnya sampailah Nabi mengadap Allah seorang diri tanpa ditemai malaikat jibril. Allah anugerahkan solat sebanyak 50 waktu. Namun atas nasihat dan pandangan nabi Musa juga kasih dan sayang nabi pada umatnya nabi sanggup meminta dikurangkan sehinggalah kepada 5 waktu. Betapa besar nikmat tersebut yang Alah nyatakan 5 waktu itu sama dengan 50 waktu.


Betapa kami sayang padaMu wahai Rasulullah. Moga kami dapat merasai air telaga Kauthar yang kamu sendiri yang menyuapnya pada kami. Kami merinduiMu wahai Rasul. Kami mencintaiMu wahai Kekasih ALLAH. Kami meyayangiMu melebihi segalanya. Salamualaikum warahmatullah wahai Rasulullah. Moga kami yang banyak dosa ini dapat mengikut sunnahMu dan mendapat Syafaatmu Amiiin.

No comments:

Post a Comment

Jom Selawat