SALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
SALAM SEJAHTERA,AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM KE LAMAN BLOG AL FAQIR ILA AFWILLAH.SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA SIRU 'ALA BARAKATILLAH
Ummu Nidhal (Khansa' Palestin) dan Asmaa El Beltagi turut syahid di Mesir
Empat orang wanita ini adalah antara 3000 yang syahid dalam serangan
ganas tanpa peri kemanusiaan oleh tentera Mesir pimpinan Abdul Fatah Al
Sisi.
1) Ummu Nidhal (Palestin).
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang
'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang
tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan
Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi di dalam
tahanan Israel.
Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang
kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat
digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".
Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh
(yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka
dengan mendapat rezeki"
Mereka 'hidup' di hati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.
Ummu Nidhal ketika menatap wajah anaknya yang syahid dalam perang lapan hari dengan Israel
2) Asmaa Mohamed El Beltagi (Mesir)
Asmaa Mohamed El Beltagi
berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada Tragedi berdarah
di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan
iaitu El Beltagi.
Jenazah Asmaa El Beltagi didoakan oleh ayahnya (gambar kecil
3) wajah suci syahidah habibah ahmad abdul aziz "nyenyak beradu"setelah terkorban di medan rabiatul adawiyah semalam.
4) Asma' Hisham Saqar.. mahasiswi mujahahidah yang dimasukkan ke
hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya. Kemudian menemui syahid
setelah ditembak di kepalanya oleh seorang sniper ketika mendapat
rawatan di hospital tersebut.
Lihat senyumannya dan perhatikan maksud ayat dari surah 'Ya Sin' ini...
قال يا ليت قومي يعلمون بما غفرلي ربي وجعلني من المكرمين...
"Dia (yang telah mati sebagai syahid) berkata: "Alangkah
bagusnya jika kaum ku mengetahui bahawa Tuhan ku telah mengampun
dosa-dosa ku dengan kerana (kesanggupan aku mati demi untuk agamanya
ini) dan menjadikan aku (di syurga ini) dari kalangan orang-orang yang
mulia..."
10 Nasihat ini, saya kira paling sentap buat renungan kita bersama.
InsyaAllah ianya adalah solusi terbaik buat kita yang menghidap penyakit
hangat-hangat tahi ayam ; 1) Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga !
Wahai anakku, (kata Dr Raghib Sirjani)
Orang yang melakukan maksiat tidak akan mampu untuk memberikan komitmen dalam perjuangan di jalan Allah ini.
Seperti mana pesan Saidina Umar Al Khattab kepada angkatan tentera Islam, ketika mana mereka mahu berangkat ke medan perang.
“Jangan sesekali kalian berbuat maksiat, sedangkan kalian berjuang di jalan Allah”
Juga kisah yang diceritakan oleh Dr Amr Khaled di dalam bukunya
mengenai seorang pemuda yang datang kepada Saidina Ali lalu berkata ; “Aku khuatir bencana yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosaku, sebab aku mengetahui betul dosa-dosaku “
Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda
itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana
turun kerana maksiat dan lenyap kerana taubat (Saidina Ali r.a). 2) Kenalilah Agamamu Wahai anakku, (Pesan Dr Raghib) bagaimana mungkin anda ingin
menunjukkan komitmen terhadap Islam sedangkan anda sendiri tidak
mengenalinya ? Bagaimana anda akan berpegang teguh kepada sunnah,
ajaran dan manhaj hidup Islam sedangkan anda tidak mengetahui asal
usulnya ?
Justeru, jangan pernah berhenti belajar agama !
Analogi mudah,
Belajar agama ini macam ambil nutrisi untuk hidup.
Cukupkah sekadar makan nestum dari kecil sampai besar ? Cukupkah zat untuk terus hidup ?
Begitu juga dengan belajar agama. Agak-agaknya, cukup ke ilmu agama
yang kita belajar setakat kafa 1-6 itu buat bekalan kita sampai akhir
hayat ?
Dengan cabaran yang semakin dasyat. Ianya pasti tidak akan cukup.
Sama-sama renungkan. 3)Tambatkanlah hatimu dengan masjid Wahai anakku, sesungguhnya orang yang hatinya terpaut dan cinta
akan masjid, sebenarnya ia telah berhasil membina stamina keimanannya
kepada Allah.
Seperti firman Allah swt di dalam Surah At Taubah ayat 18 : “Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian “ 4) Jadilah pemuda yang berprestasi
Dr Amr Khaled pernah berkata ;
‘Musibah terbesar umat ini, adalah bilamana pemuda hanya menganggap agama hanya ada di masjid”
Mereka sebenarnya lupa, bahawa, keputusan cemerlang dalam pelajaran
sebagai contoh adalah kayu ukur untuk menilai betapa tingginya darjat
sesuatu ummat itu ? Selain kepakaran di dalam beberapa bidang yang lain.
Katanya lagi ;
Sanggupkah engkau melihat, prestasi akademik mahasiswa nasrani (bukan
Islam), mahasiswa yang menganut fahaman sekularisme, plurasime,
liberalisme lebih baik daripada dirimu ?
Allah.. Ampunkan dosaku ini.. 5) Sambungkan tali silaturahim Wahai anakku, eratkanlah kembali hubungannmu dengan ibu bapa,
kaum keluarga, serta sanak saudara. Perpaduan ummat pada masa kini tidak
dapat dicapai melainkan dengan bermula daripada yang asas. Iaitu
institusi keluarga. 6) Berhati-hatilah dalam memilih teman Wahai anakku, meskipun stamina keimananmu terasa sudah mantap,
tetapi jika engkau bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, hal
tersebut akan mengembalikan kondisimu ke titik permulaan atau atau bisa
terjerumus ke titik yang paling rendah. Jangan sesekali engkau berkata ; “Saya akan menjaga diri dan saya tidak akan terpengaruh dengan mereka “ Sesekali jangan engkau katakan begitu. Kerana, sesungguhnya
akhlak, agama dan tabiat seseorang serupa/ diukur dengan akhlak, agama
dan tabiat temannya.
Adapun ada satu pesan daripada Syed Qutb, jika kita still mahu
bergaul dengan mereka (dengan tujuan untuk berdakwah), kita haruslah
beruzlah.
Istilah ini dinamakan sebagai “uzlah Syu’uriyah” -
Pengertian uzlah yg dimaksudkan ialah, pengasingan jiwa dpd turut
dikotori atau dijangkiti noda-noda masyarakat jahiliyah dengan ;
a) Menjadi seorang yang punya qudwah. b) Menunjukkan akhlak yg baik c) Terus merasai ketinggian iman
Uzlah yg dimaksudkan juga adalah perbezaan.
a)Perbezaan antara golongan yg beriman dan kufur. b)Perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan c)Perbezaan dari sudut akhlak dan perlakuan. 7) Peduli terhadap realiti yang menimpa umat Islam Wahai anakku, amatlah mustahil untuk anda mengubah nasib ummat
ini, melainkan anda mengetahui dengan sebenar-benarnya masalah yang
berlaku terhadap umat ini.
Maka, disiplinkan dirimu pada setiap hari untuk ;
-Membaca berita-berita dunia. (Subscribe, Al Jazeera, Preess tv, CNN, BBC, di phone atau gadget canggih masing-masing)
-Membaca situasi politik, terutamanya di negara timur tengah dan
negara umat Islam keseluruhannya (melazimi untuk membaca majalah times,
atau melayari web-web seperti Al Jazeera dan membaca journal-journal
antarabangsa)
-Mengambil tahu perkembangan ekonomi dunia. Ingatlah, tarbiyah kita adalah tarbiyah pejuang ! Bukan tarbiyah
manja-manja ! Apatah lagi, tarbiyah buih sabun ! Justeru, hanya dengan
mengetahui dengan benar kondisi sebenar umat Islam, barulah kepribadian
muslim yang sempurna akan terbentuk agar umat ini dapat berdiri dengan
kukuh dan kuat ! 8) Jadilah seorang Olahragawan Wahai anakku, badanmu harus sihat, cergas dan kuat ! Pukulan keras yang dilakukan oleh Muadz Bin Amr r.a kepada Abu Jahal hanya mampu dilakukan oleh olahragawan sejati ! Maka, pilihlah aktiviti sukan yang bermanfaat. Yang benar-benar
memberi manfaat buat dirimu dan ummat mu ! Seperti (Karate, silat,
taekwando, dan sebagainya). Sukan yang menguji kekuatan seperti angkat
berat dan menunggang kuda. Sukan yang menguji stamina seperti futsal
dan bola sepak. Badminton serta sebagainya.
Tetapi ingat ! jangan sampai dirimu leka dan lalai dengannya, sehingga mengahabiskan waktumu untuk ummat ! 9) Ajaklah orang lain ! “Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang yang
menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Fushilat :33)
Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah !
Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air,
berukhuwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat
kita aplikasikan dalam dunia sebenar !
Dunia realiti ! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita
sahaja.Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya
kita berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh, perhalusi setiap isu
lebih dalam ! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga.
Jangan jadi orang yang syiok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk
hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut, isu umat
Islam ?ha … terlopong .. isu Rohingya ? kaum gasar apa tu bro ?
Isu kristianisasi ? kau biar betul ? Sekularisme ? Liberalisme ? Ha ?
Lagi aku tak tau ?
Usrah macam ni, namanya usrah di bawah tempurung ! 10) Uruskanlah waktumu dengan baik !
Akhir sekali, renungi dua pesan Imam Ghazali ini yang ditujukan khas buat pemuda “Kehidupan ini cuma tiga detik ; sesaat yang berlalu tidak dapat
kita ubah lagi, sesaat yang sedang dilalui ini manfaatkan sebaiknya dan
sesaat yang akan tiba pasti kita temui”
dan
Wahai pemuda, Gunakanlah waktu lapangmu dengan sebaiknya kerana, Pengangguran adalah penyakit dan kesibukan itulah ubatnya.
Seperti air yang diam menghanyutkan, menenggelamkan, mematikan, menjadi
sarang nyamuk, membusuk, memburuk dan menimbulkan penyakit. Siapa pun orangnya, selama dia menganggur di rumahnya, dia tidak akan pernah terlepas dari kemungkaran. Kesimpulan
Inilah serba sedikit nasihat yang saya dapat kutip mengenai pemuda
melalui pembacaan yang sedikit ini. Semoga kita dijauhkan daripada
menjadi golongan pemuda yang leka dan lalai dalam hidup. Seperti mana
yang disebutkan oleh Imam Hassan Al Banna di dalam risalah pemuda ; ”Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang
keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan
kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan
tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin
dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir
apa-apa. “
Tetapi menjadi golongan pemuda yang membesar di tengah-tengah umat
yang berjuang dan dirinya turut berjuang. Berjuang bersama untuk
mengembalikan kedaulatan Islam agar kembali kepada posisinya yang
sebenar. Posisi yang lebih agung dan mulia.
Maka sahabat sekalian, mulai saat ini, ayuh kita berubah ! Jangan
kita menunda-nunda lagi ! Jangan kita bertangguh-tangguh lagi ! Jangan
kita bermalas-malasan lagi !
Kerana kita tidak tahu apa yang bakal menunggu kita dihadapan nanti !
Boleh jadi cabaran yang lebih besar bakal menghalang kita untuk
berubah.
Dengan lafaz Bismillah..
Mulailah dari sekarang !
Mari kita sama-sama berubah !
Henshin !
p/s :
Rujukan ;
Pemuda Peka Zaman – Dr Raghib Sirjani
Buku Pintar Akhlak – Dr Amr Khaled
Risalah Pemuda – Imam Hassan Al Banna
Syed Qutb
1) Sekiranya
saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua
tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap
saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan
3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat. 2) Sekiranya
saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat
sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan. Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja. Mohon pencerahan.
___________________________________________
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
:
Solat
witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang
mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat
awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan
salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah
ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir.(HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa
yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat
witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari
segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan
tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akanmenyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
(HR
Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih
mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)
Bagi soalan kedua :
Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang
perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat
pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan
(sirr)
Walaubagaimana
pun , sauadara boleh mengerjakan sunat witir dengan dibaca secara jahr
pada ketiga-tiga rakaat tersebut seperti mana amalan masyarakt Islam di
Madinah al-Munawwarah pada masa ini.
WA
Ruj :
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
Oleh kerana
Ramadhan akan meninggalkan kita, ada empat perkara yang perlu kita
perhatikan.
1. Masa Masa merupakan umur kita. Kita lihat
betapa cepatnya masa berlalu. Ada dua perkara yang penting di dalam
membicarakan mengenai masa. i. jangan masa berlalu dengan sia-sia ii. jangan masa berlalu dengan dosa
2. Amal Kita juga perlu melihat dan mengkoreksi amalan kita. Amalan ada lima peringkatnya
i. amalan bentuk diri seperti sembahyang, puasa zakat dan sebagainya ii. amalan bentuk keluarga seperti nafkah, menjadi isteri yang taat, menjadi anak yang taat dan sebagainya iii. amalan bentuk masyarakat seperti menjaga keamanan masyarakat, amar makruf nahi mungkar iv. amalan bentuk negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan agama dan sebagainya v. amalan bentuk ummah Islamiyyah sekeliannya. Seperti membantu atau mendoakan saudara seIslam walau di mana mereka berada.
Ramai
orang yang menjalani kehidupan tanpa amalan. Ada juga orang yang
menjalani kehidupan dengan amalan yang dibuat dengan sambil lewa.
3. Hubungan dengan Allah Di antara tujuan Ramadhan ialah untuk ketaqwaan. Kemuncak sifat taqwa ialah pergantungan kita kepada Allah.
Ramai
orang yang bergantung dengan harta mereka, sebab itulah jika harta
habis mereka akan rungsing. Ramai orang yang bergantung dengan projek,
sebab itu apabila tidak ada projek maka mereka akan rungsing.
Oleh
itu, kita perlulah menggantungkan hidup kita pada Allah. Orang yang
mengantungkan hidup pada Allah tidak akan rungsing dan menderita
jiwanya. Ini kerana Allah akan memberikannya jalan keluar bagi segala
permasalahan dan memberinya rezki dari sumber yang tidak di sangka.
4. Rasa kehambaan Rasa hamba adalah rasa tunduk di hadapan Allah. Orang tunduk di hadapan Allah, akan diangkat di hadapan manusia.
Ramai
orang yang merasa rendah diri terhadap keduniaan. Hasilnya dia akan
menderita jika miskin, menderita jika pakai kereta buruk, menderita
jika tak cantik. Ini kerana dia rasa rendah diri terhadap unsur
keduniaan di hadapan manusia. Hasilnya hidupnya terhamba di dalam
kemerdekaan. Hilang ketenangan dan lenyapkah kebahagiaan.
Sebagai
penutup, segala apa yang dilalui, perlu selalu bermuhasabah. Saidina
Umar mengatakan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”. Semoga Allah
akan terus menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Soalan; Apakah hukum mempercayai petua, pesan dan
pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh
ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam
kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".
Apakah kesan
mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang
ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?
Bagaimanakah
caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya
Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan
yang mana harus dielakkan? Jawapan; Semua jenis
petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika
tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;
1.
Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu
mempercayai perkara ghaib di luar daripada skop yang diberitahu oleh
Allah di dalam al-Quran atau melalui Rasul-Nya dalam as-Sunnah. Firman
Allah yang bermaksud: “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan
di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah.” (surah
an-Naml : ayat 65) 2. Tidak memalingkan seseorang daripada
keyakinan bahawa segala yang berlaku - sama ada baik atau buruk -
adalah ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah
yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah yang
bermaksud: “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat
bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang
dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib
tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang
mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah
aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira
bagi orang-orang beriman.” (Surah al-A’raf : ayat 188)
3.
Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan
as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan
as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.
4.
Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama
ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Hal
ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik
manusia, akan tetapi milik Allah.
5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (dalam Islam)." (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa
yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu)
menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka
sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah.” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)
6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa
pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai
apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa
yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)
Oleh
demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak
bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui
syariat iaitu sama ada diceduk daripada al-Quran atau as-Sunnah atau
berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri atas dasar
yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa
dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan
daripada beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu
selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut; 1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu 2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang) 3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.
Perkara
pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama
nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan
pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus
berlaku jimak. Oleh hal yang demikian, pantang larang tersebut harus
diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada
pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan
pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke
tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak
harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran
maupun as-Sunnah mengesahkannya.
Begitu juga pantang larang yang
dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari
kerana dikhuatiri rezeki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari
segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis
mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat
sandarannya. Oleh hal yang demikian, tidak usahlah pantang larang
sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada
kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercayai sial sesuatu yang
telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas
tadi. Jika kita perlu menyapu sampah pada malam hari kerana kebetulan
ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada
pantang larang tersebut kerana tiada nas syarak melarang perbuatan
tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari
tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan
qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.
Petua
dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan syariat (al-Quran dan
as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan akidah
yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada
rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik
yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh
murtad dari agama - sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia
menyalahi amalan yang diredhai Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa - sama
ada besar atau kecil- wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa
kepada Allah.
Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam
budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan
secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam
ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim ulama sebelum
mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud:
“Perintahkan
anak-anak kalian untuk tunaikan solat saat usia mereka telah menginjak
tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila tidak tunaikan solat) saat
usia mereka menginjak 10 tahun….” (HR Abu Dawud)
Dalam
hadis tersebut terkandung hikmah yang mendalam. Hikmah yang memberi
pelajaran berkait dengan kebiasaan pada anak agar rajin beribadah.
Dalam hadis tersebut menerangkan bahawa menerapkan sesuatu kebajikan
atau amalan perlu melalui tahap-tahap yang jelas. Bagaimanapun seorang
anak memerlukan masa dan proses berterusan agar mampu melaksanakan
sebuah amal salih.
Seseorang anak kadang-kadang tidak mampu
menuruti arahan serta-merta. Daripada hadis ini menunjukkan betapa
Islam sarat dengan rahmah (kasih sayang), mengerti keadaan anak. Juga
terkandung pengajaran, betapa Islam mengajarkan untuk tidak
melakukannya secara tergesa-gesa. Namun, secara bertahap. Inilah bentuk
kasih Islam kepada makhluk yang masih lemah; anak.
Menanamkan kebiasaan baik pada anak, khususnya solat, wajar dilakukan melalui beberapa tahap:
Pertama,
tahap peniruan. Tahap anak melihat dan meniru apa-apa yang dikerjakan
orang tua, pendidik, guru, ustaz sebagai contoh. Pada tahap ini, orang
tua, pendidik, guru, ustaz menjadi objek pemerhatian sang anak.
Daripada perilaku dan sikap yang ditujukkan orang tua, pendidik, guru,
ustaz, seorang anak memperoleh gambaran bagaimana sebuah amal salih
harus ditunaikan. Tahap ini merupakan tahap peniruan.
Kedua,
tahap perintah. Tahap anak mendapat bimbingan dan arahan dalam bentuk
perintah. Anak diperintah untuk menunaikan sesuatu kebajikan. Dengan
tanpa meninggalkan sifat sabar dan rahmah, orang tua, pendidik, guru,
ustaz secara terus menerus mengingatkan anak untuk beramal kebajikan.
Dalam masalah solat, anak berusia tujuh tahun telah diperintahkan untuk
senantiasa menunaikannya. Jika sehari lima kali diingatkan untuk
menunaikan solat, berapa ribu kali anak diingatkan selama tiga tahun?
Iaitu, diingatkan dan diperintah untuk solat hingga usianya mencapai 10
tahun. Ribuan kali perintah terus berulang pada diri anak, tentu sebuah
bentuk penanaman kebiasaan baik yang sangat intensif.
Tahap ketiga,
tahap hukuman. Tahap anak mendapat hukuman akibat lalai daripada
menunaikan kewajipan. Tahap hukuman adalah sebuah tahap yang diwajarkan
setelah dilakukannya proses, bimbingan, arahan, dan perintah. Sebuah
proses yang dilakukan dalam waktu yang bertahap-tahap. Ketika
menjatuhkan hukuman tetap harus berada dalam kerangka hikmah (bijak)
dan adil. Tujuan menghukum adalah agar anak jera, iaitu agar anak tak
lagi melakukan perbuatan yang dilarang. Bukan sebagai bentuk melepaskan
geram, marah apalagi untuk membalas dendam.
Pemberian hukuman
pada anak jangan sampai menjadikan ia membenci kebaikan dan menghindar
daripada orang-orang yang berbuat kebajikan. Memberi hukuman dalam
bentuk memukul, tentu ada batasan-batasannya. Seperti, dilarang memukul
wajah, bahagian tubuh yang penting, dilarang memukul yang mengakibatkan
kecederaan fizikal mahupun emosi, dan sebagainya.
Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad
menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan
“Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M,
pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh
tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang
seharusnya menjadi renungan buat masyarakat Islam di seluruh dunia.
Tempoh
tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya
dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus.
Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah
dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm
(994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn
Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian
yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan
Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di
Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.
Kejayaan
Islam membina ketamadunan di Andalus, sesungguhnya sesuatu yang sangat
mengagumkan. Lebih memberi kesan jika turut ditinjau daripada aspek
perkembangan dan kejatuhan Andalusia itu sendiri demi mencari
kesimpulan yang baik oleh kita semua.
Secara integral, para
sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia
adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Beliau adalah tokoh Islam
terkenal telah memimpin pasukan tenteranya mengharungi Gibraltar
(asalnya Jabal Tariq) yang memiliki kedudukan strategik pintu gerbang
para pedagang antarabangsa, iaitu para pedagang lazimnya menggunakan
laluan tersebut bagi mengharungi lautan Atlantik dan Mediterranean.
Sebelum
pembukaan Islam, wilayah Andalus dimonopoli secara rakus oleh golongan
bangsawan (noble lord) sehingga berlaku penindasan terhadap golongan
bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berpuas hati
dengan pihak pentadbiran negara mereka. Kesannya menyebabkan banyak
tanah pertanian terbiar beku, industri terpaksa ditutup dan sekaligus
melumpuhkan ekonomi Andalus.
Menyedari kepincangan itu, Gabenor
“Visigothic” (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling tadah dan
menentang Raja Don Roderick, beliau turut bekerjasama dengan Tariq ibn
Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. Pendirian
Julian itu juga diriwayatkan ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick
yang memperkosa isteri dan anak perempuannya.
Tariq ibn Ziyad
memimpin pasukan Islam hanya berjumlah 7,000 orang, berdepan pula
dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100,000 orang. Lalu
bagi meningkatkan semangat pasukan tenteranya di perlawanan yang tidak
seimbang ini, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal
mereka dibakar sambil digambarkan beliau berpidato;
"Wahai
saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan
kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki
hanyalah kejujuran dan kesabaran..."
Kalimat ini dikobarkan oleh
Tariq ibn Ziyad bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan
akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus. Walau
bagaimanapun ia diragui oleh sesetengah pengkaji terutama hal yang
melibatkan pembakaran kapal kerana usaha menakluk Andalusia pada
peringkat pertama melalui jalan laut sebenarnya dirintis awal oleh
Tarif ibn Malik atau dikenali Abu Zurah bin Malik al-Nakha'ei.
Tarif
yang mula-mula bersama kekuatan pasukan armada laut bagi meraih jalan
ke arah penaklukan Semenanjung Iberia itu. Hal itu telah mendorong
Gabenor Qayrawan, Musa ibn Nusair dan seterusnya Tariq ibn Ziyad
bergerak bersama demi menakluk Andalus. Oleh itu, ada keraguan bagi
Tariq mengarahkan kapal dibakar kerana sepatutnya Tarif yang lebih
layak memerintahkan begitu. Kerana Tarif memimpin kekuatan armada,
sedangkan Tariq memimpin kekuatan artileri.
Kemenangan tentera
Islam menguasai medan Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam
terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke
Cordova dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh
tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah
termasuk Bandar Zaragoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah
bandar lain.
Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh
Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umaiyyah di Andalus. Khalifah
Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq telah mewakilkan beberapa orang
Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah
mentadbir Andalus dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul
Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman
al-Fihri.
Yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan
Andalus ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan
Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyah telah mula bertapak dan
berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/ 750M. Hal ini
bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam
sudah beralih kepada Bani Abbasiyah, namun Andalus terus diungguli oleh
para pemerintah dari kelompok Umayyah.
Fakta sejarah mengakui
bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup
di dalam kejahilan dan kegelapan pimpinan Raja Roderick. Lantas,
usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus telah memberikan
impak positif sehingga Barat kemudiannya dapat membina tamadun mereka
yang membanggakan pada hari ini.
Pada peringkat awal, pemerintah
Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalus walaupun mereka mempunyai
pelbagai latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Yahudi,
Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai
apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna.
Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini juga turut
disebabkan oleh kepelbagaian budaya yang merenggangkan hubungan mereka
sesama mereka. Fahaman rasis yang menebal akhirnya mengakibatkan
Andalus turut menjadi lemah.
Sebenarnya pemerintahan Islam di
Andalus berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh
membantu dalam usaha meninggikan tamadunnya. Gambaran ini dapat
difahami menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan
terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan
selagi tidak bertentangan dengan akhlak Islam. Oleh sebab itu, kita
dapat menyaksikan tamadun Islam Andalus menguasai dunia dan meniti di
bibir umat manusia.
Namun, seakan sudah menjadi lumrah zaman
bahawa ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn
Khaldun di dalam "Muqaddimah" sebagai sunnatullah. Kitaran ketamadunan
itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak
pasti akan melalui tempoh kejatuhan.
Kitaran inilah yang turut
melanda Andalus sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin
menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Yang dimaksudkan ialah
ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut
politik pentadbiran, bukannya daripada sudut kecemerlangan intelektual
dan fizikal.
Kejatuhan Andalus tidak berlaku sekelip mata,
tetapi melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada kalangan pemimpin
umat Islam ketika itu yang berjaya mempertahankan Andalus. Tiada
Salahuddin al-Ayubi, tiada Saifuddin Qutuz, dan tiada Muhamad al-Fateh.
Bibit-bibit kejatuhan bermula setelah pemerintahan Andalus dijuzukkan
kepada kerajaan-kerajaan kecil.
Andalusia yang diperintah oleh
satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil.
Pembentukan kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if,
ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa.
Mereka tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyah dan
seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.
Fenomena
ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah
dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas
untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah. Akibatnya, Cordova
yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" akhirnya
menjadi bandar yang terakhir jatuh sepenuhnya ke atas Raja Ferdinand.
Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Andalus di bawah
Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir di Granada dari tahun
620H-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi
menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah
daripada digulingkan dengan cara yang lebih teruk.
Ketika Bani
Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah gugup dan
menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan
Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan
wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang
masyhur iaitu istana Al-Hamra' atau dalam bahasa Sepanyol hari ini
lebih dikenali sebagai al-Hambra.
Berlaku perselisihan keluarga
dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku
dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu
Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan
pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau
memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta
pemerintahan tetap tidak menyebelahi Abu Abdullah.
Tetapi
kerakusan Abu Abdullah tidak padam, bahkan perancangan dibuat dalam
bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta
pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat
menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang relatif disebabkan tekanan
daripada Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak
bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada kerajaan Ferdinand,
lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai
satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.
Kejatuhan
Andalus rupanya adalah kelemahan pemerintahan sanggup menggadai prinsip
demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu
dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu ia turut disebabkan
beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu :
i. Tiada
mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan
pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan
melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada
akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat. ii. Tiada wala'
terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan
hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan
kuasa yang tidak berkesudahan. iii. Tiada kesepakatan (wehdatul
fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga
wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang
lain. iv. Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul
ikhtilaf dalam kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa
jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk
bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati. v. Wujudnya golongan yang
ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin
bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan
ikatan dalaman sesama mereka.
Kesan daripada faktor inilah umat
Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari
Andalusia, bahkan ada antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi
walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut
terpalit kepada kaum Yahudi, iaitu tiada kuasa yang boleh melindungi
mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.